menjadi kebiasaan sesetengah orang-orang tua kampung dahulu.ruang di bawah rumah di jadikan tempat menyimpan barang-barang antik,usang ataupun tidak berguna.hanya diletakkan begitu sahaj tanpa ada sebarang kegunaan.uniknya,sekiranya ada orang ingin mengambilnya,cepat-cepat mereka melarangnya dengan alasan hendak diguna,sayang dan macam-macam lagi alasan.
inilah sebuah analogi yang dapat di gambarkan dengan kemarahan umat islam berkenaan penyiaran kartu yang menghina nabi muhammad saw oleh akhbar-akhbar eropah terutamanya denmark.
Hati orang islam manakah yang tidak terusik apabilah melihat insan yg perna memperjuangkan agama yang
di anutinya di hina oleh agama lain.
Oleh itu tidak menghairankanlah buat diri kita sendiri sekiranya ramai dalam kalangan umat islam yang berarak untuk menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan hati orang islam.
NAMUN
kita ada cara yang lebih baik dan senjata yang jauh lebih hebat untuk melawannya.
"DOA"
memang tidak dapat di nafikan bahawa menunjukkan kemarahan kepada mereka yang menghina rasul itu amat perlu namun menunjukkan kecintaan kepada rasul adalah suatu perkara yang jauh lebih utama.
MARAHKAN TANDA KECINTAAN.
Betul,tetapi membuktikan kecinaan dengan mengamalkan sunnahnya adalah yang paling utama.mengamalkan sunnah rasul memerlukan lebih keberanian kerana tentanganya adalah jauh lebih hebat.Bahkan tentanganya juga turut datang daripada orang islam sendiri.
PERLU KAH KITABAKAR BENDERA NEGARA YANG MENGHINA RASUL??
TIDAK..
Apa yang relevan buat umat islam adalah membakar cara hidup mereka.
kita beralah ke analogi mula-mula tadi.
kita dengan sunnah,seperti orang tua dulu-duu denga barang usang.nak di guna tidak,nak dijunjung jauh sekali.tetapi bila ada orang lain yang hendak mengambilnya,barulah heboh konon hendak di gunakan.
BAGAIMANA KITA HENDAK MENUNJUKKAN PERASAAN MARAH??
Jawapannya adalah depan manuia kita demontrasi,depan ALLAH kita berdoa dan muhasabah diri sejauh manakah kecintaan kita kepada rasul-NYA. mungkin provokasi barat membawa pengajaran terirat
Apa yang tersiratnya??
tersirat daripada allah supaya kita menilai semula benarkah kita mencintai rasul-NYA selama ini.
adakah kemarahan ummah ini boleh dijadikan bukti.
kemarahan ummah hanyalah bermusim.hanya luapan sentimen berkala.namun,kegigihan,kebijaksanaan,perancangan dan ketabahan jangkah panjang yang amat perlu.
jangkah panjang??
jangkah panjang adakah kita sudah mendidik generasi muda mencintai rasul dan keluarganya?amat merisaukan sekiranya generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak punya kemarahan yang sama seperti yang kita alami.
banyak remaja pada hari ini yang hidupnya lintang pukang tapi masih tetap marah bila rasulullah saw dipersendakan.mala,mereka jugak sering kali menyerai perarakan untuk menunjukkan rasa marah.
tapi buka ini yang hendak di bahaskan.
ajaklah mereka sembahyang dahulu,tak berarak pun tidak mengapa.cinta dahulu,marah kemudian.kerana bila ada cinta,pasti ada marah bila kecintaan dicela.tapi kalau marah sahaja belum tentu ada cinta.
MENGIKUT FIRASAT KITA ADAKAH ORANG YANG BERANI UNTUK MEMINTA BARANG DI DALAM RUMAHNYA BERBANDING BARANG USANG DI BAWAH RUMAH?
Sudah tentu tidak.kerana barang di dalam rumah adalah jauh lebih berharga.
Begitulah dengan "SUNNAH".Jika di hayati,di amalkan dan diperjuangkan,nampak sangat bahawaa sunnah itu amat berharga kepada umat islam.sudah pasti takkan ada musuh yangberani mengusiknya apatah lagi hendak menghinanya.
Intihanya,kita orang islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu,barulah orang lain akan menghormati kita,justeru itu sekiranya kita marahkepada mereka yang menghina rasul,marahkan lah diri kita terlebih dahuluyang tidak benar-benar mencintainya.bukti cinta yang utama adalah dengan mengamalkan sunnah rasul.Inilah yang paling utama untuk menunjukkan kemarahan kepada musuh-musuh yang menghinanya.
semoga apa yang dikongsikan inimampu mengubah atau memberi inspirasi kepada hati-hati pembaca.
MARAH KERANA CINTA BUKAN KERANA BENCI.DOMINASI CINTAKAN RASUL BUKAN EMOSI BENCIKAN MUSUH.
WALLAHUALAM.
No comments:
Post a Comment