seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibu bapanya apbila dia sendiri mempunyai anak.jangan sesekali mungkiri kasih kedua ibu bapa yang telah tua,nanti anak-anak akan dewasa dan mungkiri kasih kita
huhubungan kita dengan allah memberi kesan langsung kepada hubungan isteri terhadap kita.baikilah hubungan dengan allah untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri.janganlah mengharapkan ketaatan seorang isteri,sekiranya kita gagal mentaati allah sebagai hamba-Nya.
hadiah terbaik seorang ayah kepada anak-anaknya adalah dengan mencintai ibu mereka.cintailah isteri nescaya anak-anak akan mencintai kita,jangan sekali-kali memisahkan antara anak dan ibu,nanti putus pula kasih antara anak dan bapa..
apabilah kita sendiri di uji dengan apa yang kita dakwakan ,itu bermakna allah sedang mendidik kita supaya melaksanakan apa yang kita perkatakan.bersyukurlah kerana allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia...
hati seorang lelaki itu kekadang perlu sekeras waja ,
ada masanya perlu selembut sutera
lelaki
jika jiwamu tulus kerana ilahi
pasti lurus perananmu sebagai lelaki.
wanita itu umpama angin,kadangkala bertiup lembut,
terlena kita dibuatnya,
ada masanya bertukar menjadi ribut
kalut kita digugahnya,
sekali sekala menjadi taufan
huru hara kita..
No comments:
Post a Comment