setiap yang bernyawa pasti akan mati

Monday, 4 June 2012

Sahabat Smpai Syurga


Dahulu, di tanah Kurdistan, ada seorang raja yang adil dan soleh.Dia memiliki seorang anak yang cerdas,tampan dan berani.Saat2 yang menggembirakan bagi si raja adalah ketika dia mengajar anaknya membaca Al-Quran, lalu menceritakan kisah-kisah kepahlawanan para panglima dan tenteranya di medan pertempuran.
            Putera raja itu bernama Said.Said sangat gembira mendengar kisah diceritakan oleh ayahnya.Said akan merasa marah apabila sedang mendengar ayahnya bercerita, tiba-tiba ada orang yng memutuskannya.Kadang kala , ketika sedang asyik mendengar cerita ayahnya, tiba-tiba pengawal masuk untuk memberitahu yang ada tetamu penting yang harus ditemui.Si raja tahu apa yang dirasakan anaknya.Maka, dia member nasihat pada anaknya,"Said, sudah masanya kamu mencari sahabat yang baik yang membantumu untuk menjadi orang yang baik.Sahabat sejati yang dapat kamu sayangi untuk mendapatkan syurga-Nya".
            "Apa maksud ayah dengan sahabat yang dapat disayangi untuk mendapatkan syurga-Ny?"Tanya Said.
            "Dia adalah sahabat sejati yang benar-benar mahu bersahabat denganmu bukan kerana darjatmu tetapi kerana keikhlasan hati.Dia menyayangimu kerana Allah, dan di atas dasar itu, kamu pun dapat menyayanginya dengan penuh keikhlasan kerana Allah.Kekuatan kasih sayang kamu dan sahabatmu itu akan melahirkan kekuatan dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan.Kekuatan kasih sayang itu juga akan bersinar dan membawa kamu dan sahabatmu itu untuk masuk ke syurga".
            "Bagaimana caranya mencari sahabat seperti itu, ayah?"
            Ayahnya menjawab, "Kamu harus menguji orang yang hendak kamu jadikan sahabat.Ada satu cara menarik untuk menguji mereka.Jemputlah sesiapa yang kamu anggap sesuai menjadi sahabatmu untuk makan sarapan disini, di istana kita.Jika sudah sampai di sini, lambatkan waktu menyajikan makanannya.Lihatlah apa yang kemudian mereka lakukan.Ketika itu, rebuslah tiga biji telur untuknya, lalu lihat apa yang mereka lakukan ! itu cara mudah bagimu, syukur jika kamu dapat mengetahui perilakunya lebih dari itu".
            Said gembira mendengar nasihat tersebut.Diapun  mengamalkan cara mencari sahabat sejati yang cukup aneh itu.Mula-mula, dia menjemput anak-anak pembesar kerajaan seorang demi seorang.Sebahagian besar mereka marah-marah kerana hidangan tidak juga keluar.Bahkan, ada yang memukul-mukul meja dan ada yang melontarkan kata-kata yang tidak segarusnya, memaki-maki kerana makanannya lambat sekali dihidangkan.
            Di antara sahabat putera raja itu, ada yang bernama Adil, anak seorang menteri.Said melihat Adil seperti seorang yang baik hati dan setia.Maka , dia ingin mengujinya.Dijemputlah Adil untuk sarapan pagi.Adil memang lebih sabar dibandingkan dengan mereka yang lain yang sebelumnya.Dia menunggu keluarnya hidangan dengan setia.Setelah dirasakan memadai, Said mengeluarkan sebuah piring berisi tiga biji telur rebus.Melihat itu, Adil berkata, "Hanya ini sarapan kita? Ini tidak cukup mengisi perutku!"
            Adil tidak mahu menyentuh telur itu.Dia pergi begitu sahaja meninggalkan Said sendirian.Said diam sahaja, dia tidak perlu minta maaf pada Adil kerana memperkecilkan makanan yang telah dia rebus dengan kedua tangannya.Dia faham bahawa Adil tidak lapang dada dan tidak sesuai untuk dijadikan sahabat sejati.
            Pada hari berikutnya , dia menjemput anak seorang saudagar paling kaya.Tentu sahaja, anak saudagar itu sangat gembira mendapat jemputan sarapan pagi dari putera raja.Pada malam harinya, dia sengaja tidak makan agar pada paginya dapat makan dengan banyak.Dia membayangkan makanan putera raja pasti enak dan lazat.
            Awal-awal pagi lagi anak saudagar kaya itu telah datang menemui Said.Seperti mereka yang sebelumnya, dia harus menunggu lama sehingga makanan keluar.Akhirnya, keluarlah piring dengan tiga biji telur rebus.
            "Ini makanannya, saya ke dalam dahulu mengambil air minuman," kata Said meletakkan piring di atas meja, lalu dia masuk ke dalam.
            Tanpa menunggu lagi, anak saudagar it uterus melahap satu persatu telur itu.Tidak lama kemudian, Said keluar membawa dua gelas air kosong.Dia melihat pada meja, ternyata tiga biji telur itu telah lenyap.Dia hairan.
            "Mana telurnya?"
            "Telah aku makan".
            "Semuanya?"
            "Ya, habis aku sangat lapar".
            Melihat peristiwa itu,Said terus tahu bahawa anak saudagar itu juga tidak boleh dijadikan sahabat setia.Dia tidak dapat merasa suka duka bersama kerana Said juga belum makan apa-apa.
            Said merasa marah dengan mereka yang telah dijemputnya di sekitar istana.Mereka semua mementingkan diri sendiri.Bukan sahabat yang setia.Mereka tidak layak dijadikan sahabat sejatinya.Akhirnya , dia meminta izin ayahnya untuk pergi mencari sahabat sejati.
            Mulailah Said mengembara melalui hutan, lading, sawah dan kampong untuk mencari sahabat yang baik.Sehinggalah akhirnya, pada suatu hari yang cerah, ia bertemu dengan budak pencari kayu api yang berpakaian sederhana.Budak itu sedang memikul kayu api.Said mengikutinya senyap-senyap sehingga budak itu tiba di pondoknya.Rumah dan pakaian budak itu menunjukkan ia sangat miskin, namun wajah dan sinar matanya memancarkan tanda kecerdasan dan kebaikan hatinya.Budak itu mengambil wudhu , lalu solat dua rakaat.Said memperhatikannya dari sebalik rumpun pepohonan. Melihat dia telah selesai solatnya , Said datang dan menyapanya.
            "Sahabat, namaku Said.Jika boleh, siapa namamu dan kamu tadi solat apa?"
            "Namaku Abdullah.Tadi itu solat Dhuha".
            Lalu, Said meminta anak itu agar bermain-main dengannya dan menjadi sahabatnya.Namun Abdullah menjawab, "Ku fikir kita tidak sesuai menjadi sahabat.Kamu anak orang kaya, malah mungkin anak orang bangsawan. Sedangkan , aku anak orang miskin, anak seorang pencari kayu api".
            Said menjawab, "Tidak baik kamu berkata begitu.Mengapa kamu membeza-bezakan orang?Semuanya adalah hamba Allah.Semuanya sama, hanya orang bertaqwa yang menjadikan orang mulia disisi Allah.Adakah aku kelihatan seperti budak yang jahat sehingga kamu tidak mahu bersahabat denganku.Mengapa kita tidak cuba buat sementara dahulu? Kamu nanti dapat menilai aku samada sesuai atau tidak menjadi sahabatmu".
            "Baiklah jika begitu, kita bersahabat dengan syarat hak dan kewajipan kita sama sebagai sahabat yang seia sekata".
            Said bersetuju dengan syarat anak pencari kayu itu.Sejak hari itu mereka bermain bersama, pergi ke hutan bersama, memancing bersama dan memburu arnab bersama.Anak tukang kayu itu mengajarnya berenang di sungai dan mengajarnya memanjat pohon di hutan.Said gembira sekali berkawan dengan anak yang cerdas , rendah hati , lapang dada dan setia.Akhirnya, dia kembali ke istana dengan hati yang gembira.
            Kemudian, suatu ketika budak miskin itu dijemput ke istana.Di istana, dia dihidangkan dengan tiga biji telur sebagai ujian, sebagaimana dilakukan terhadap sahabatnya yang lain.
            Said mempersilakan sahabatnya itu untuk mula makan. Anak pencari kayu itu mengambil sebiji, lalu mengupas kulitnya dengan perlahan-lahan.Sedangkan Said mengupasnya dengan cepat dan memakannya.Dengan sengaja Said mengambil telur yang ke tiga, ia mengupasnya dengan cepat dan melahapnya.Sahabatnya telah selesai mengupas telur yang ada pada tangannya.Said ingin melihat apa yang akan dia lakukan dengannya.
            Budak miskin itu mengambil pisau yang ada berhampiran, lalu membelah telur menjadi dua, yang separuh dia pegang dan yang separuhnya lagi dia berikan pada Said.Tidak ragu-ragu lagi, Said menangis terharu.Said lalu memeluk anak pencari kayu itu erat-erat sambil berkata, "Kamu sahabat sejatiku! Kamu sahabat sejatiku! Kamu sahabatku masuk syurga!"
Sejak saat itu, keduanya bersama bersahabat dengan sangat akrabnya.Persahabatan mereka melebihi saudara kandung.Mereka saling menyayangi dan menghormati kerana Allah.Disebabkan kekuatan kasih sayang itu, mereka bahkan belajar dan berguru dengan ulama yang berada di merata tempat.
Setelah berganti-ganti bulan dan tahun, keduanya akhirnya besar dewasa.Raja yang adil, ayah Said meninggal dunia.Akhirnya, Said diangkat menjadi raja untuk menggantikan tempat ayahnya.Menteri yang pertama kali dia pilih adalah Abdullah, anak pencari kayu api itu.Abbdullah pun benar-benar menjadi sahabat seperjuangan dan penasihat raja yang tiada duanya.Meskipun telah menjadi raja dan menteri, keduanya masih sering menunaikan solat tahajjud bersama dan membaca Al-Quran bersama.Kecerdasan dan kematangan jiwa keduanya mampu membawa kerajaan itu makmur jaya.
            Itulah sahabat sejati , sahabat yang mampu mengajak kita untuk mencintai secara tulus kepadaNya.Tidak dapat disangkal lagi bahawa dalam mengharungi bahtera kehidupan kita sangat memerlukan sahabat yang dapat kita jadikan teman menunjuk jalan kebenaran.Sahabat sejati yang dapat menasihati kita ke arah kebaikan.
            Jadi pilihlah sahabat dengan betul kerana ini juga saham akhirat kita..sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
"Mereka berkata, sambil bertengkar sesame sendiri dalam Neraka:Demi Allah! Sesungguhnya kami ( semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata, kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian Alam.Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.Degan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang member pertolongan , dan tiadalah sahabat karib yang bertimbang rasa.Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman". (Surah Asy-Syu'ara : 96-102)
            Memilih sahabat perlu dilakukan dengan cermat dan teratur, bukan secara spontan.Ini kerana persahabatan bermakna kehidupan bersama…..so selamat berusaha moga kita semua mendapat sahabat yang dapat membimbing kita menuju syurga Allah….
Wa Allah hu a'lam..

No comments:

Post a Comment