pada tahun 8 hijrah,rasulullah saw telah menghantar satu pasukan tentera seramai tiga ratus orang yang diketuai oleh hazrat Abu 'Ubaidah RA ke arah persisiran pantai.baginda saw memberi mereka sekarung buah tamar sebagai bekalan.mereka telah berada di sana selama 15 hari dan bekalan mereka telah pun habis.
hazrat Qais RA yang ada dalam pasukan itu telah membeli unta-unta daripada rombongan tersebut dengan menjanjikan pembayaran di madinah.beliau pun mulah menyembelih unta-unta iyu.setiap hari beliau menyembelih tiga ekor unta.walaubagaimanapun ,setelah tiga hari berlaku demikian,ketua perang telah memerintahkan supaya penyembelihan itu di hentikan kerana memikirkan kenderaan tunggangan mereka semakin berkurangan.keadaan itu akan menyebabkan mereka sukar untuk pulang.beliau juga telah mengarahkan supaya setiap orang mengumpulkan semua buah tamar yang masih ada dalam simpanan masing-masing dalam sebuah karung dan beliau akan mengagihkan tamar-tamar itu sebiji seorang setiap hari.
muda untuk kita ceritakan tapi di medan perang dalam keadaan setiap orang memerlukan kekuatan dan kegagahan,berpada dengan sebiji tamar sepanjang hari adalah sesuatu yang sangat-sangat sukar untuk di tanggung.
apabilah hazrat jabir RA menceritakan kisah ini kepada orang ramai setelah kewafatan nabi saw seorang muridnya bertanya "tuan,apakah yang boleh di buat dengan sebiji tamar itu?"
beliau menjawab "nilai sebiji tamar itu hanya dapat di ketahui apabila tamar itupun tidak ada lagi.pada masa itu tiada yang lain kecuali kebuluran.hinggakan kami mengambil daun kering,dan membasahkan dengan air dan memakan daun itu.oleh kerana terpaksa segala sesuatu akan di lakukan.
biasanya allah swt akan menurunkan bantuan selepas setiap kesusahan.selepas segala kesusahan dan kesempitan itu allah swt mengurniakan seekor ikan dari laut yang dinamakan ANBAR.ikan itu begitu besar sehingga mereka memakan ikan itu selama 18 hari.malah ikan itu turut di bawah sebagai bekal sampai semula ke madinah.apabilah kisah ini diceritakan secara terperinci, rasulullah saw telah bersabda "ikan itu adalah rezeki daripada Allah swt yang di hantar kepada kamu."
PENGAJARAN KISAH.:
kesusahan dan kepayahan biasanya melanda kehidupan di dunia ini dan khasnya kepada mereka yang hampir dengan allah swt.oleh kerana itu,nabi saw bersabda "kesusahan paling banyak di kenakan kepada para nabi,kemudian para afdal,dan kemudian orang yang selepas mereka."
dugaan untuk seseorang adalah bersesuaian dengan keadaan agamanya dan selepas setiap kesusahan datanglah pertolongan daripada allah swt semata-mata kerana kemurahan dan kurniaanNYA.
CUBALAH RENUNGKAN apakah yang telah berlaku kepada salafussoleh kita?itu semua semata-mata untuk menyebarkan agama yang pada hari ini kita telah rosakkan dengan tangan-tangan kita sendiri.mereka telah menghadapi kebuluran,mengunyah daun-daun,mengalirkan darah mereka untuk menyebarkan agama islam.sedangkan kita pada hari ini tidak pun mampu mempertahankan agama itu.
WALLAHU'ALAM
No comments:
Post a Comment