Sudah pasti semua manusia di muka bumi ini tidak mengetahuinya kerana itu adalah urusan allah.
Namun masih ada tips dan panduan yg boleh di buat untuk mengetahui sama ada amalan kita diterima atau tidak.
"Bila sudah berama timbul rasa hendak beramal lagi"
Inilah tips sekiranya amalan kita itu di terima
Macam mana pula sekiranya kita hendak mengetahui sama ada amaln itu berkesan ataupun tidak?
Jawapannya adalah bila amalan itu merubah peribadi dan akhlak kita.
Amalan yang baik adalah apabila rahmatnya melimpah kepada ramai orang.
hati manusia ini boleh di ibaratkan seperti ikan di lautan.ikan di dalam laut idak perna asin.tapi apabilah ikan yang sama di naikkan ke darat,disiang dam di bersihkan,secubit garam pun mampu memasinkannya.
Apakah sebenarnya beza ikan dilaut dan ikan di darat??
Jawapannya adalah ikan di laut itu hidup sementara ikan di darat itu mati.
begitulah hati,sekiranya hati kita hidup,kita tidak akan dipengaruhi.tetapi bila hati kita mati,kita mudah di pengaruhi....
Bagaimana pula hendak membina ibadah yang berkesan??
Janganlah beribadah hanya mengharapkan fadhilat atau ganjaran semata-mata..
kenapa??adakah ianya salah??
Tidak salah cuma tidak tepat.
Analogi yang sederhana,masa kecil-kecil dulu mesti perna ibu kita menyuruh kita ke kedai untuk membeli barang-barang.setelah itu,emak akan memberikan kita upah,persoalannya adakah kita tetap pergi sekiranya emak tidak memberikan kita upah.sudah pasti kita pergi jugakan.kenapa kita pergi??kerana kita sayang pada merekakan."upa adalah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya dan kepatuhan kita adalah kerana kasih sayang seorang anak kepada ibunya..
begitulah jugak dengan ibadat kita,ibadat kita seharusnya dilakukan kerana kasih sayang kita pada allah.barulah iyanya berkesan.sebaliknya fadhilat itu adalah tanda kasih sayang allah kepada kita.oleh itu,tanpa fadhilat pun kita tetap beribadat kepada allah kerana kasih allah kepada kita sebelum tu pun sudah melaut banyaknya.
Bandingannya adalah tanpa upah pun kita akan buat suruhan ibu.bukan kerana upahnya tetapi kerana sayang.cuma ibu sangat sayangkan kita,walaupun kebaikannya itu telah berganda namun ia tetap memberi.
Dan kasih sayang allah adalah jauh lebih besar daripada kasih seorang ibu.
Beginilah iktiarnya sekiranya kita hendak mengetahui sama ada amalan kita di terima atau tidak dan adakah ibadat yang kita kerjakan ini berkesan ataupun tidak..
WALLAHUALAM.
Subahanallah!!!
ReplyDelete