setiap yang bernyawa pasti akan mati

Monday, 4 June 2012

SAHABAT RASULULLAH SAW.

SAYIDINA ABU BAKAR R.A:

" Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu."

"Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan".

". Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"



SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB R.A :

" Jika tidak kerana takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti."

"Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki".

" Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia"



SAYIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A :

"Apabila engkau ingin di taati,maka pintala apa yang mampu di lakukannya."


"apabial kata-kata ringkas sudah memadai,maka memanjangkan kata-kata adalah suatu perkara yang akan membosankan.dan apabilah kata-kata ringkas tidak memadai,maka memanjangkan kata-kata adalah satu kemestian."


"menggerakkan sesuatu yang tidak bergerak adalah lebih mudah daripada menghentikan sesuatu yang sedang bergerak" 


"jihad bagi seorang wanita adalah dia berbuat baik kepada suaminya."


SAYIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A :



Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
  1. Hatinya selalu berniat suci
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.



KISAH KHALID AL WALID DAN SAIDINA UMAR AL KHATTAB


Khalid al-Walid, siapa yg tidak kenal? Jeneral tentera Islam yg sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh Islam ketika itu. Dirinya penuh dgn strategi peperangan yg tidak akan kalah. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yg dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.

Khalid al-Walid dengan senyum, meniggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain kurang berpuas hati. 

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata mereka.

Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." Tenang beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata ,"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik."

"Kenapa pula kami boleh berlaku syirik bawah pimpinan Khalid al-Walid?" 

Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

Sejak peristiwa tersebut, Saidina Umar digelar tobibul qulub.


No comments:

Post a Comment