Berfikir tanpa tindakan adalah angan-angan dan bertindak tanpa berfikir adalah kejahilan
Tidak ada masa hadapan bagi mereka yang tidak melihat masa lalunya.
orang berjaya itu tahu apa yang di buat,orang yang sederhana itu membuat apa yang dia tahu dan orang yang jahil itu membuat apa yang dia tidak tahu dan tidak tahu apa yang dia buat.
jangan kamu melompat apa bila kamu berdiri dan jangan kamu baring apa apabila kamu duduk
jika kamu gagal kemudian bangkit itu adalah baik manakala sekiranya kamu berjaya kemudian kamu bangkit itu adala terbaik.
malaikat ada akal namun tidak mempunyai nafsu
haiwan ada nafsu tapi tidak mempunyai akal
manusia ada akal dan nafsu tapi ramai yang tiada fikiran..
kita terlalu melihat pada bintang sehingga melupakan bulan yang cerah,
kita terlalu melihat langit yang biru sehingga lupa pada awan yang menghiasinya,
kita terlalu melihat pada ombak shingga melupakan lautan yang membinanya
dan
kita terlalu mengejar dunia sehingga kita lupa pada akhirat yang selamanya.
apabilah semua jalan telah tertutup buatmu maka carilah jalan allah kerana rahmat allah itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.
sekiranya kamu ingin hatimu di jaga maka jagalah terlebih dahulu hati-hati orang lain..
tidak ada bibir yang lebih manis daripada memberi salam
tidak ada bibir yg lebih suci daripada membaca al-quran dan zikrullah
dan tidak ada bibir yang lebih mulia selain daripada yang memaafkan.
dalam hidup ini ada dua perkara yang manusia takuti iaitu maut dan miskin.
namun
ada dua perkara yang mereka suka iaitu hidup dan kaya,
sehingga mereka melupai dua perkara iaitu sedekah dan bekalan,
kerana mereka mengejar dua perkara iaitu harta dan nama,
membuatkan mereka mengerjakan dua perkara membazir dan ketawa
dan akhirnya
mereka tiba pada satu kesudahan iaitu azab allah swt
mati hanyalah sekali tapi hidup dua kali.
nikmat allah akan dirasa apabilah ianya telah di tarik,
datangilah orang yang berilmu sebelum ilmu itu di angkat kerana allah tidak mengangkat ilmu di dunia ini melalui buku-buku tetapi di matikannya alim ulama itu satu persatu..
No comments:
Post a Comment