orang yang buat tak mau pakai.orang yang beli pun tak mau pakai.tetapi orang yang pakai tidak sedar dia memakainya.
itu la KERANDA.
Itulah dia.pembuat keranda tidak mahu memakainya,orang yang membeli keranda itu jugak tidak mahu memakainya.manakalah si mati pula tidak sedar bahawa dia telah memakainya.
inilah keajaiban KEMATIAN.
sesuatu yang hampir dan pasti tapi manusia sering melupakannya.
semua manusia pasti akan mati.
tapi apa yang anehnya,majoriti manusia hari ini hanya ingin menjadi pembuat dan pembeli keranda dan bukannya pemakainya.
Dalam hidup ini setiap manusia mempunyai enam kawasan lapang yang perlu diusahakan iaitu
kerohanian,ilmu,kesihatan,kewangan,keluarga dan kerjaya.ini adalah kawasan lapang yang perlu di rancang,diusahakan dan di jaga agar kestabilan hidup akan terjamin.
bagi"kerohanian"
kita mestila merancang tahap kerohanian kita.bagaimana keadaan iman kita,turun naiknya.dan memikirkan amalan wajib dan sunat yg perlu di dilaksanakan secara istiqama agar indeks kerohanian kita meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain.
tetapi ini semua hanyalah perancangan untuk hidup dan bagaimana pula perancangan untuk mati?
perancangan untuk hidup memang perlu.tetapi perancangan untuk mati lebih perlu.ini kerana kematian bukanlah satu pengakhiran tetapi satu permulaan untuk hidup yang tiada kematian lagi.
perancangan untuk hidup di akhirat sebenarnya perlu di buat di dunia.janganlah kita terlalu memikirkan jangka panjang yang pendek tetapi fikirkanlah juga jangka panjang yang panjang.
hampir semua buku hari ini hanya membicarakan soal perangcangan hidup yg berkisar tentang kepeluan hidup.kemudahan dan keselesaan sebelum mati sahaja.kurang yang menyentuh tentang kehidupan selepas mati yang kekal untuk selamanya.
bagaimana merancang untuk mati dan merancang untuk hidup??
rancanglah semuanya denga meletakkan niat sepenuhnya kpd allah swt.susunlah segalanya mengikut prinsip syariatdan janganlah melanggar batas-batas akhlak.
insyaallah semua yang kita lakukan akan di kira sebagai ibadat.
sekiranya semua menjadi ibadah,itulah jua amalan takwa yang menjadi bekalan kita menuju ke akhirat.
adakah lagi persediaan yang lebih khusus??
rangcanglah untuk menjawab di dalam barzakh.rancanglah untuk menjawab di padang masyar kerana kesemua soalan itu sudah "BOCOR" sekarang ini.
buktinya!!
soalan di dalam kubur telah dibocorkan oleh hadis rasulullah saw dan begitu juga dengan empat soalan teras di masyar.
TAPI INGAT BAHAWA JAWAPAN DARIPADA SOALAN ITU TIDAK BOLEH DI HAFAL!!
Hal ini demikian kerana kita menjawab bukan dengan fikiran dan lidah lagi pada hari itu.orang yang bijak sekalipun akan menjadi dungu dan binsu melainkan orang yang beramal.kerana pada masa itu hanya amalan kita di dunia sahaja yang akan menjawab.
tapi tidak salah juga jika ingin menghafal keran itu adalah ilmu tetapi yang lebih penting ialah amalan kita.rancanglah apa yg perlu kita lakukan dengan ilmu yang kita ada kemudia terus amalkan.
tetapi kenapa soalan bocor macam ni pun ramai orang tak minat...
Ramai di antara kita ini hanya ingin menjadi "pembuat" dan pembeli keranda.tapi apa yang pasti kita semua akan di beri kesempatan untuk menjadi pemakainya namun seolah-olah tidak ada sesiapa yang mengingininya.
kesimpulannya
hidup di dunia ini umpama "DEWAN PEPERIKSAAN".seluru agenda hidup ini hakikatnya adalah "JAWAPAN" yang kita berikan kepada soalan-soalan di dalam kubur dan di masyar nanti.keputusannya akan di ketahui di sana.
usahakanlah agar kubur kita menjadi taman-taman syurga dan nauzubillah jangan sampai ia menjadi pintu gerbang untuk jurang-jurang neraka.
rancanglah hidup ini bahawa kita akan menjadi "pemakai"untuk
MERANCANG MATI UNTUK HIDUP.
No comments:
Post a Comment