setiap yang bernyawa pasti akan mati

Thursday, 7 June 2012

hati remaja untuk siapa.



Hari ini kita makan,bergaul,belajar dan melakukanbermacam-macam aktiviti hidup.ironinya kita sedang menghabiskan umur atau masa yang telah ditetapkan oleh allah untuk kita di atas muka dunia allah ini.Oleh itu,keberkatan di setiap perkara yang kita lakukan amat lah di perlukan oleh diri ini untuk bekalan hari kemudian.rezeki yang berkat,umur yang berkat,kejayaan yang berkat dan kejayaan yang berkat akan menentukan hala tuju kita di hari di mana tiada siapapun boleh lepas daripadanya.

jika rezeki memang biasanya kita kaitkan dengar keberkatan tetapi bagaimana pula dengan umur dan kejayaan seseorang itu?
seperti rezeki,berkatnya bukanlah dilihat daripada banyaknya ataupun sedikitnya tetapi cukuplah dilihat pada sikitnya mencukupi banyaknya dibelanjakan pada jalan allah.begitulah juga dengan umur, tidak semestinya panjang baru berkat tapi cukuplah umur itu digunakan dengan amalan dan pekerjaan yang sebaik-baiknya.kerana sudah jelas terpampang di sejarah silam kita,di mana ramai sekali alim lama yang umurnya tidak panjang tetapi jasanya dan ilmunya di gunakan berkurun-kurun lamanya.
sebagai contoh ringkas:
imam nawawi,umurnya tidaklah panjang hanya sekitar 40 an sahaja.Khalifa Umar Abdul Aziz juga begitu.namun jasa dan pemikiran mereka terus hidup sehingga hari ini.
Inilah yang di maksudkan dengan keberkatan umur.
Kejayaan??
betapa ramai hari ini kita lihat mereka yang berjaya dalam akedemik.Tapi yakinlah bahawa kejayaan itu tidak boleh dan tidak akan perna sekali pun boleh membawa kita kepada kejayaan dalam hidup.sedangkan ramai ibu bapa pada hari ini merasakan sudah cukup berpuas hati sekiranya anak-anak mereka sudah berjaya dalam akedemik.sedangkan apa yang paling  penting adalah kejayaan kita dalam perhubungan dengan Manusia dengan yang telah menciptakan manusia dan akal manusia sehingga mencapai kejayaan iaitu ALLAHU RABBI.
tidak pandai menyesuaikan diri dengan keaadaan,tidak pandai menangani krisis dan tidak punya kemahiran interpersonal.maknyanya ramai sungguh orang yang berjaya dalam akedemik namun gagal dalam menginteraksikan diri dengan sesama manusia dan lebih malang daripada itu tidak akrab hubungannya dengan tuhan.
Timbul persoalan,adakah pelajaran dan kekayaan itu tidak penting dalam hidup kita?
jawapannya adalah penting.namun tidak penting untuk tujuan hidup kerana ianya hanyalah keperluan hidup yang di gunakan untuk mencapai keperluan hidup.Harta bukan tujuan tapi keperluan hidup.begitulah juga dengan pelajaran,rupa, dan segalanya yang kita miliki hari ini dan dimasa akan datang.

Kita terlalu memikirkan apa yang perlu kita ada dalam hidup tanpa memikirkan siapa yang perlu kita jadi dalam hidup.
Ramai manusia hari ini  hanya memikirkan jalan untuk memiliki kereta,rumah,kekayaan dan apa-apa sahaja yang di ingini.Tapi hampir semua manusia hari ini terlupa untuk memikirkan yang dia nak jadi anak macam mana,pelajar yang macam mana dan remaja yang macam mana.
disinilah silapnya..
kita terlalu memikirkan kuantiti hak milik kita sehingga mengabaikan kualiti hati kita sedangkan kita dengan kualiti hati kita dapat meningkatkan kualiti hak milik kita.jika kita hanya memikirkan kuantiti untuk makan,pakaian,rumah dan lain-lain keperluan fisiologi dan biologi semata-mata.
kmaka apa bezanya kita dengan haiwan.

So macam mana kita hendak mendapatkan berkat??
jawapannya adalah akrab dengan pemberi berkat.maksudnya kita kena akrab dengan ALLAH.
kita kena akrab denga pemberi umur,pemberi rezeki,ilmu,harta dan apa sahaja.barulah Allah akan memberikan keberkatan-NYA.
JIKA TIDAK!!!
allah akan menyekat segalanya.jika tidakpun allah tetap akan memberika tapi diberikannya dengan kebencian,tanpa sikitpun keberkatan.banyak tapi menyempitkan,tinggi tapi menghinakan dan lumayan tapi melemaskan langsung tidak memberi erti kepada kita.

JANGAN TANYA BAGAIMANA NAK AKRAB DENGAN ALLAH!!!!!
kerana remaja seharusnya suda mula mengerti betapa pentingnya keakraban dengan yang maha pencipta dan maha pemberi.remaja yang akhil baligh seharusnya paham,menghayati dan mengamalkan ibadah-ibadah asas,khususnya rukun iman dan rukun islam kerana semua ini merapatkan kita dengan allah.

selama ini orang kata sedekah pisang ke masjid pada hari jumaat adalah berkat.
betul.tapi adakah itu cukup.ianya terlalu kecil sedangkan perjalan dan tujuan hidup amatlah panjang.
yang besar adalah HATI.hati kita perlu diberikan kepada Allah.
Ingatan,ketakutan,fikiran,harapan,kecintaan kekaguman,inilah yang perlu di serahkan kepada allah.

Intinya
rukun islam dan rukun iman yang diamalkan adala satu mekanime hubungan kita dengan allah bagu mendapatkan keberkatan untuk mencapai tujuan hidup.

ISLAM bukanlah agama orang tua-tua dan untuk mati sahaja tetapi ia adalah agama orang muda dan untuk hidup.inilah sebenarnya intipati di sebalik ritual agama islam.keberkatan jangan sesekali dipandang sebagai hasil sampingan tetapi ia adalah kesan langsung daripada pencapaian tujuan hidup.
berkat itu adalah saadah(ketenangan).ia adalah kejayaan,dan kepuasan yang amat dipelukan oleh remaja hari ini.
wallahu 'alam.
mudah mudahan perbincangan kali ini mendapat berkat.

No comments:

Post a Comment