setiap yang bernyawa pasti akan mati

Friday, 29 June 2012

Marah??adakah kerana benci atau cinta


menjadi kebiasaan sesetengah orang-orang tua kampung dahulu.ruang di bawah rumah di jadikan tempat menyimpan barang-barang antik,usang ataupun tidak berguna.hanya diletakkan begitu sahaj tanpa ada sebarang kegunaan.uniknya,sekiranya ada orang ingin mengambilnya,cepat-cepat mereka melarangnya dengan alasan hendak diguna,sayang dan macam-macam lagi alasan.

inilah sebuah analogi yang dapat di gambarkan dengan kemarahan umat islam berkenaan penyiaran kartu yang menghina nabi muhammad saw oleh akhbar-akhbar eropah terutamanya denmark.
Hati orang islam manakah yang tidak terusik apabilah melihat insan yg perna memperjuangkan agama yang
 di anutinya di hina oleh agama lain.
Oleh itu tidak menghairankanlah buat diri kita sendiri sekiranya ramai dalam kalangan umat islam yang berarak untuk menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan hati orang islam.
NAMUN
kita ada cara yang lebih baik dan senjata yang jauh lebih hebat untuk melawannya.
"DOA"
memang tidak dapat di nafikan bahawa menunjukkan kemarahan kepada mereka yang menghina rasul itu amat perlu namun menunjukkan kecintaan kepada rasul adalah suatu perkara yang jauh lebih utama.
MARAHKAN TANDA KECINTAAN.
Betul,tetapi membuktikan kecinaan dengan mengamalkan sunnahnya adalah yang paling utama.mengamalkan sunnah rasul memerlukan lebih keberanian kerana tentanganya adalah jauh lebih hebat.Bahkan tentanganya juga turut datang daripada orang islam sendiri.
PERLU KAH KITABAKAR BENDERA NEGARA YANG MENGHINA RASUL??
TIDAK..
Apa yang relevan buat umat islam adalah membakar cara hidup mereka.
kita beralah ke analogi mula-mula tadi.
kita dengan sunnah,seperti orang tua dulu-duu denga barang usang.nak di guna tidak,nak dijunjung jauh sekali.tetapi bila ada orang lain yang hendak mengambilnya,barulah heboh konon hendak di gunakan.
BAGAIMANA KITA HENDAK MENUNJUKKAN PERASAAN MARAH??
Jawapannya adalah depan manuia kita demontrasi,depan ALLAH kita berdoa dan muhasabah diri sejauh manakah kecintaan kita kepada rasul-NYA. mungkin provokasi barat membawa pengajaran terirat
Apa yang tersiratnya??
tersirat daripada allah supaya kita menilai semula benarkah kita mencintai rasul-NYA selama ini.
adakah kemarahan ummah ini boleh dijadikan bukti.
kemarahan ummah hanyalah bermusim.hanya luapan sentimen berkala.namun,kegigihan,kebijaksanaan,perancangan dan ketabahan jangkah panjang yang amat perlu.
jangkah panjang??
jangkah panjang adakah kita sudah mendidik generasi muda mencintai rasul dan keluarganya?amat merisaukan sekiranya generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak punya kemarahan yang sama seperti yang kita alami.
banyak remaja pada hari ini yang hidupnya lintang pukang tapi masih tetap marah bila rasulullah saw dipersendakan.mala,mereka jugak sering kali menyerai perarakan untuk menunjukkan rasa marah.
tapi buka ini yang hendak di bahaskan.
ajaklah mereka sembahyang dahulu,tak berarak pun tidak mengapa.cinta dahulu,marah kemudian.kerana bila ada cinta,pasti ada marah bila kecintaan dicela.tapi kalau marah sahaja belum tentu ada cinta.
MENGIKUT FIRASAT KITA ADAKAH ORANG YANG BERANI UNTUK MEMINTA BARANG DI DALAM RUMAHNYA BERBANDING BARANG USANG DI BAWAH RUMAH?
Sudah tentu tidak.kerana barang di dalam rumah adalah jauh lebih berharga.
Begitulah dengan "SUNNAH".Jika di hayati,di amalkan dan diperjuangkan,nampak sangat bahawaa sunnah itu amat berharga kepada umat islam.sudah pasti takkan ada musuh yangberani mengusiknya apatah lagi hendak menghinanya.
Intihanya,kita orang islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu,barulah orang lain akan menghormati kita,justeru itu sekiranya kita marahkepada mereka yang menghina rasul,marahkan lah diri kita terlebih dahuluyang tidak benar-benar mencintainya.bukti cinta yang utama adalah dengan mengamalkan sunnah rasul.Inilah yang paling utama untuk menunjukkan kemarahan kepada musuh-musuh yang menghinanya.
semoga apa yang dikongsikan inimampu mengubah atau memberi inspirasi kepada hati-hati pembaca.
MARAH KERANA CINTA BUKAN KERANA BENCI.DOMINASI CINTAKAN RASUL BUKAN EMOSI BENCIKAN MUSUH.
WALLAHUALAM.


Thursday, 7 June 2012

Merancang Mati Untuk Hidup



orang yang buat tak mau pakai.orang yang beli pun tak mau pakai.tetapi orang yang pakai tidak sedar dia memakainya.
itu la KERANDA.
Itulah dia.pembuat keranda tidak mahu memakainya,orang yang membeli keranda itu jugak tidak mahu memakainya.manakalah si mati pula tidak sedar bahawa dia telah memakainya.
inilah keajaiban KEMATIAN.
sesuatu yang hampir dan pasti tapi manusia sering melupakannya.

semua manusia pasti akan mati.
tapi apa yang anehnya,majoriti manusia hari ini hanya ingin menjadi pembuat dan pembeli keranda dan bukannya pemakainya.

Dalam hidup ini setiap manusia mempunyai enam kawasan lapang yang perlu diusahakan iaitu
kerohanian,ilmu,kesihatan,kewangan,keluarga dan kerjaya.ini adalah kawasan lapang yang perlu di rancang,diusahakan dan di jaga agar kestabilan hidup akan terjamin.
bagi"kerohanian"
kita mestila merancang tahap kerohanian kita.bagaimana keadaan iman kita,turun naiknya.dan memikirkan amalan wajib dan sunat yg perlu di dilaksanakan secara istiqama agar indeks kerohanian kita meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain.
tetapi ini semua hanyalah perancangan untuk hidup dan bagaimana pula perancangan untuk mati?

perancangan untuk hidup memang perlu.tetapi perancangan untuk mati lebih perlu.ini kerana kematian bukanlah satu pengakhiran tetapi satu permulaan untuk hidup yang tiada kematian lagi.
perancangan untuk hidup di akhirat sebenarnya perlu di buat di dunia.janganlah kita terlalu memikirkan jangka panjang yang pendek tetapi fikirkanlah juga jangka panjang yang panjang.
hampir semua buku hari ini hanya membicarakan soal perangcangan hidup yg berkisar tentang kepeluan hidup.kemudahan dan keselesaan sebelum mati sahaja.kurang yang menyentuh tentang kehidupan selepas mati yang kekal untuk selamanya.

bagaimana merancang untuk mati dan merancang untuk hidup??
rancanglah semuanya denga meletakkan niat sepenuhnya kpd allah swt.susunlah segalanya mengikut prinsip syariatdan janganlah melanggar batas-batas akhlak.
insyaallah semua yang kita lakukan akan di kira sebagai ibadat.
sekiranya semua menjadi ibadah,itulah jua amalan takwa yang menjadi bekalan kita menuju ke akhirat.
 adakah lagi persediaan yang lebih khusus??
rangcanglah untuk menjawab di dalam barzakh.rancanglah untuk menjawab di padang masyar kerana kesemua soalan itu sudah "BOCOR" sekarang ini.
buktinya!!
soalan di dalam kubur telah dibocorkan oleh hadis rasulullah saw dan begitu juga dengan empat soalan teras di masyar.

TAPI INGAT BAHAWA JAWAPAN DARIPADA SOALAN ITU TIDAK BOLEH DI HAFAL!!
Hal ini demikian kerana kita menjawab bukan dengan fikiran dan lidah lagi pada hari itu.orang yang bijak sekalipun akan menjadi dungu dan binsu melainkan orang yang beramal.kerana pada masa itu hanya amalan kita di dunia sahaja yang akan menjawab.
tapi tidak salah juga jika ingin menghafal keran itu adalah ilmu tetapi yang lebih penting ialah amalan kita.rancanglah apa yg perlu kita lakukan dengan ilmu yang kita ada kemudia terus amalkan.
tetapi kenapa soalan bocor macam ni pun ramai orang tak minat...

Ramai di antara kita ini hanya ingin menjadi "pembuat" dan pembeli keranda.tapi apa yang pasti kita semua akan di beri kesempatan untuk menjadi pemakainya namun seolah-olah tidak ada sesiapa yang mengingininya.

kesimpulannya
hidup di dunia ini umpama "DEWAN PEPERIKSAAN".seluru agenda hidup ini hakikatnya adalah "JAWAPAN" yang kita berikan kepada soalan-soalan di dalam kubur dan di masyar nanti.keputusannya akan di ketahui di sana.

usahakanlah agar kubur  kita menjadi taman-taman syurga dan nauzubillah jangan sampai ia menjadi pintu gerbang untuk jurang-jurang neraka.
rancanglah hidup ini bahawa kita akan menjadi "pemakai"untuk
MERANCANG MATI UNTUK HIDUP.

hati remaja untuk siapa.



Hari ini kita makan,bergaul,belajar dan melakukanbermacam-macam aktiviti hidup.ironinya kita sedang menghabiskan umur atau masa yang telah ditetapkan oleh allah untuk kita di atas muka dunia allah ini.Oleh itu,keberkatan di setiap perkara yang kita lakukan amat lah di perlukan oleh diri ini untuk bekalan hari kemudian.rezeki yang berkat,umur yang berkat,kejayaan yang berkat dan kejayaan yang berkat akan menentukan hala tuju kita di hari di mana tiada siapapun boleh lepas daripadanya.

jika rezeki memang biasanya kita kaitkan dengar keberkatan tetapi bagaimana pula dengan umur dan kejayaan seseorang itu?
seperti rezeki,berkatnya bukanlah dilihat daripada banyaknya ataupun sedikitnya tetapi cukuplah dilihat pada sikitnya mencukupi banyaknya dibelanjakan pada jalan allah.begitulah juga dengan umur, tidak semestinya panjang baru berkat tapi cukuplah umur itu digunakan dengan amalan dan pekerjaan yang sebaik-baiknya.kerana sudah jelas terpampang di sejarah silam kita,di mana ramai sekali alim lama yang umurnya tidak panjang tetapi jasanya dan ilmunya di gunakan berkurun-kurun lamanya.
sebagai contoh ringkas:
imam nawawi,umurnya tidaklah panjang hanya sekitar 40 an sahaja.Khalifa Umar Abdul Aziz juga begitu.namun jasa dan pemikiran mereka terus hidup sehingga hari ini.
Inilah yang di maksudkan dengan keberkatan umur.
Kejayaan??
betapa ramai hari ini kita lihat mereka yang berjaya dalam akedemik.Tapi yakinlah bahawa kejayaan itu tidak boleh dan tidak akan perna sekali pun boleh membawa kita kepada kejayaan dalam hidup.sedangkan ramai ibu bapa pada hari ini merasakan sudah cukup berpuas hati sekiranya anak-anak mereka sudah berjaya dalam akedemik.sedangkan apa yang paling  penting adalah kejayaan kita dalam perhubungan dengan Manusia dengan yang telah menciptakan manusia dan akal manusia sehingga mencapai kejayaan iaitu ALLAHU RABBI.
tidak pandai menyesuaikan diri dengan keaadaan,tidak pandai menangani krisis dan tidak punya kemahiran interpersonal.maknyanya ramai sungguh orang yang berjaya dalam akedemik namun gagal dalam menginteraksikan diri dengan sesama manusia dan lebih malang daripada itu tidak akrab hubungannya dengan tuhan.
Timbul persoalan,adakah pelajaran dan kekayaan itu tidak penting dalam hidup kita?
jawapannya adalah penting.namun tidak penting untuk tujuan hidup kerana ianya hanyalah keperluan hidup yang di gunakan untuk mencapai keperluan hidup.Harta bukan tujuan tapi keperluan hidup.begitulah juga dengan pelajaran,rupa, dan segalanya yang kita miliki hari ini dan dimasa akan datang.

Kita terlalu memikirkan apa yang perlu kita ada dalam hidup tanpa memikirkan siapa yang perlu kita jadi dalam hidup.
Ramai manusia hari ini  hanya memikirkan jalan untuk memiliki kereta,rumah,kekayaan dan apa-apa sahaja yang di ingini.Tapi hampir semua manusia hari ini terlupa untuk memikirkan yang dia nak jadi anak macam mana,pelajar yang macam mana dan remaja yang macam mana.
disinilah silapnya..
kita terlalu memikirkan kuantiti hak milik kita sehingga mengabaikan kualiti hati kita sedangkan kita dengan kualiti hati kita dapat meningkatkan kualiti hak milik kita.jika kita hanya memikirkan kuantiti untuk makan,pakaian,rumah dan lain-lain keperluan fisiologi dan biologi semata-mata.
kmaka apa bezanya kita dengan haiwan.

So macam mana kita hendak mendapatkan berkat??
jawapannya adalah akrab dengan pemberi berkat.maksudnya kita kena akrab dengan ALLAH.
kita kena akrab denga pemberi umur,pemberi rezeki,ilmu,harta dan apa sahaja.barulah Allah akan memberikan keberkatan-NYA.
JIKA TIDAK!!!
allah akan menyekat segalanya.jika tidakpun allah tetap akan memberika tapi diberikannya dengan kebencian,tanpa sikitpun keberkatan.banyak tapi menyempitkan,tinggi tapi menghinakan dan lumayan tapi melemaskan langsung tidak memberi erti kepada kita.

JANGAN TANYA BAGAIMANA NAK AKRAB DENGAN ALLAH!!!!!
kerana remaja seharusnya suda mula mengerti betapa pentingnya keakraban dengan yang maha pencipta dan maha pemberi.remaja yang akhil baligh seharusnya paham,menghayati dan mengamalkan ibadah-ibadah asas,khususnya rukun iman dan rukun islam kerana semua ini merapatkan kita dengan allah.

selama ini orang kata sedekah pisang ke masjid pada hari jumaat adalah berkat.
betul.tapi adakah itu cukup.ianya terlalu kecil sedangkan perjalan dan tujuan hidup amatlah panjang.
yang besar adalah HATI.hati kita perlu diberikan kepada Allah.
Ingatan,ketakutan,fikiran,harapan,kecintaan kekaguman,inilah yang perlu di serahkan kepada allah.

Intinya
rukun islam dan rukun iman yang diamalkan adala satu mekanime hubungan kita dengan allah bagu mendapatkan keberkatan untuk mencapai tujuan hidup.

ISLAM bukanlah agama orang tua-tua dan untuk mati sahaja tetapi ia adalah agama orang muda dan untuk hidup.inilah sebenarnya intipati di sebalik ritual agama islam.keberkatan jangan sesekali dipandang sebagai hasil sampingan tetapi ia adalah kesan langsung daripada pencapaian tujuan hidup.
berkat itu adalah saadah(ketenangan).ia adalah kejayaan,dan kepuasan yang amat dipelukan oleh remaja hari ini.
wallahu 'alam.
mudah mudahan perbincangan kali ini mendapat berkat.

poring geng form 6 smkpp


Tuesday, 5 June 2012

Kata-Kata Hikmah

Berfikir tanpa tindakan adalah angan-angan dan bertindak tanpa berfikir adalah kejahilan


Tidak ada masa hadapan bagi mereka yang tidak melihat masa lalunya.


orang berjaya itu tahu apa yang di buat,orang yang sederhana itu membuat apa yang dia tahu dan orang yang jahil itu membuat apa yang dia tidak tahu dan tidak tahu apa yang dia buat.


jangan kamu melompat apa bila kamu berdiri dan jangan kamu baring apa apabila kamu duduk


jika kamu gagal kemudian bangkit itu adalah baik manakala sekiranya kamu berjaya kemudian kamu bangkit itu adala terbaik.


malaikat ada akal namun tidak mempunyai nafsu
haiwan ada nafsu tapi tidak mempunyai akal
manusia ada akal dan nafsu tapi ramai yang tiada fikiran..


kita terlalu melihat pada bintang sehingga melupakan bulan yang cerah,
kita terlalu melihat langit yang biru sehingga lupa pada awan yang menghiasinya,
kita terlalu melihat pada ombak shingga melupakan lautan yang membinanya
dan
kita terlalu mengejar dunia sehingga kita lupa pada akhirat yang selamanya.


apabilah semua jalan telah tertutup  buatmu maka carilah jalan allah kerana rahmat allah itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.


sekiranya kamu ingin hatimu di jaga maka jagalah terlebih dahulu hati-hati orang lain..


tidak ada bibir yang lebih manis daripada memberi salam
tidak ada bibir yg lebih suci daripada membaca al-quran dan zikrullah
dan tidak ada bibir yang lebih mulia selain daripada yang memaafkan.


dalam hidup ini ada dua perkara yang manusia takuti iaitu maut dan miskin.
namun
ada dua perkara yang mereka suka iaitu hidup dan kaya,
sehingga mereka melupai dua perkara iaitu sedekah dan bekalan,
kerana mereka mengejar dua perkara iaitu harta dan nama,
membuatkan mereka mengerjakan dua perkara membazir dan ketawa 
dan akhirnya
mereka tiba pada satu kesudahan iaitu azab allah swt


mati hanyalah sekali tapi hidup dua kali.


nikmat allah akan dirasa apabilah ianya telah di tarik,


datangilah orang yang berilmu sebelum ilmu itu di angkat kerana allah tidak mengangkat ilmu di dunia ini melalui buku-buku tetapi di matikannya alim ulama itu satu persatu..



pujangga hati

kamu menderhakai allah tetapi
kamu mendakwakan cinta kepadaNya
demi allah,ini adalah perkara yang pelik.
jika cintamu benarr pasti engkau mentaatiNya
keran kekasih patu kepada yang di kasihinya.

nabi saw bersabda
"sesungguhnya di dalam hati manusia itu ada seketu daging.
sekiranya ia sihat,seluruh tubuh pun sihat dan
sekiranya ia sakit,seluruh tubuh pun sakit.
itulah hati"

abu hurairah berkata 
"hati adalah raja dan tubuh badan adalah bala tenteranya.
apabila raja baik dan cerdas,baiklah pasukannya.
apabilah raja tidak baik.tidak baiklah pasukannya."

ibnu qayyim menegaskan:
"hati adalah raja yang menggerakkan seluruh tubuh badan.
hati bersemayam di dada,dilindungi dan di layani oleh seluruh anggota badan yang lain.
hati adalah anggota badan yang paling mulia.
dengan,hati,tiang kehidupan kukuh berdiri."

bahkan orang bukan islam jugak ada berkata tentang kemuliaan hati(robert frager)
"hati adalah kuil yg tuhan tempatkan dalam diri setiap manusia.
sebuah kuil bagi menampung percikan tuhan di dalam di kita.
kuil di dalam diri kita ini lebih suci daripada kuil yang paling suci di manapun di muka bumi ini.
oleh sebab itu,melukai hati manusia lebih besar dosanya berbanding merosakkan tempat suci di dunia ini."
  

ibnu qayyim:
"ada tiga jenis hati manusia.hati yang bersih,hati yang mati dan hati yang sakit."


muhammad wahyuni nafis:
"kebahagia hidup manusi terletak pada kunci yang manusia perolehi untuk membuka pintu hatinya.
kerana,
hati ibarat rumah,ia dikelilingi dengan tembok,gerbang dan pintu yg terkunci.
hanya ahli keluarga dan tetamu undangan dapat memasukinya.
hati yang lebih dalam ialah kamar terkunci yang menyimpan harta pusaka yang berharga milik keluarga.
hanya segelimtir orang yang memiliku kuncinya."





























Kelaparan Pasukan Tentera Al-Anbar

pada tahun 8 hijrah,rasulullah saw telah menghantar satu pasukan tentera seramai tiga ratus orang yang diketuai oleh hazrat Abu 'Ubaidah RA ke arah persisiran pantai.baginda saw memberi mereka sekarung buah tamar sebagai bekalan.mereka telah berada di sana selama 15 hari dan bekalan mereka telah pun habis.

hazrat Qais RA yang ada dalam pasukan itu telah membeli unta-unta daripada rombongan tersebut dengan menjanjikan pembayaran di madinah.beliau pun mulah menyembelih unta-unta iyu.setiap hari beliau menyembelih tiga ekor unta.walaubagaimanapun ,setelah tiga hari berlaku demikian,ketua perang telah memerintahkan supaya penyembelihan itu di hentikan kerana memikirkan kenderaan tunggangan mereka semakin berkurangan.keadaan itu akan menyebabkan mereka sukar untuk pulang.beliau juga telah mengarahkan supaya setiap orang mengumpulkan semua buah tamar yang masih ada dalam simpanan masing-masing  dalam sebuah karung dan beliau akan mengagihkan tamar-tamar itu sebiji seorang setiap hari.

muda untuk kita ceritakan tapi di medan perang dalam keadaan setiap orang memerlukan kekuatan dan kegagahan,berpada dengan sebiji tamar sepanjang hari adalah sesuatu yang sangat-sangat sukar untuk di tanggung.

apabilah hazrat jabir RA menceritakan kisah ini kepada orang ramai setelah kewafatan nabi saw seorang muridnya bertanya "tuan,apakah yang boleh di buat dengan sebiji tamar itu?"
beliau menjawab "nilai sebiji tamar itu hanya dapat di ketahui apabila tamar itupun tidak ada lagi.pada masa itu tiada yang lain kecuali kebuluran.hinggakan kami mengambil daun kering,dan membasahkan dengan air dan memakan daun itu.oleh kerana terpaksa segala sesuatu akan di lakukan.

biasanya allah swt akan menurunkan bantuan selepas setiap kesusahan.selepas segala kesusahan dan kesempitan itu allah swt mengurniakan seekor ikan dari laut yang dinamakan ANBAR.ikan itu begitu besar sehingga mereka memakan ikan itu selama 18 hari.malah ikan itu turut di bawah sebagai bekal sampai semula ke madinah.apabilah kisah ini diceritakan secara terperinci, rasulullah saw telah bersabda "ikan itu adalah rezeki daripada Allah swt yang di hantar kepada kamu."


PENGAJARAN KISAH.:
kesusahan dan kepayahan biasanya melanda kehidupan di dunia ini dan khasnya kepada mereka yang hampir dengan allah swt.oleh kerana itu,nabi saw bersabda "kesusahan paling banyak di kenakan kepada para nabi,kemudian para afdal,dan kemudian orang yang selepas mereka."
dugaan untuk seseorang adalah bersesuaian dengan keadaan agamanya dan selepas setiap kesusahan datanglah pertolongan daripada allah swt semata-mata kerana kemurahan dan kurniaanNYA.

CUBALAH RENUNGKAN apakah yang telah berlaku kepada salafussoleh kita?itu semua semata-mata untuk menyebarkan agama yang pada hari ini kita telah rosakkan dengan tangan-tangan kita sendiri.mereka telah menghadapi kebuluran,mengunyah daun-daun,mengalirkan darah mereka untuk menyebarkan agama islam.sedangkan kita pada hari ini tidak pun mampu mempertahankan agama itu.

WALLAHU'ALAM

NOTA HATI

seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibu bapanya apbila dia sendiri mempunyai anak.jangan sesekali mungkiri kasih kedua ibu bapa yang telah tua,nanti anak-anak akan dewasa dan mungkiri kasih kita

huhubungan kita dengan allah memberi kesan langsung kepada hubungan  isteri terhadap kita.baikilah hubungan  dengan allah untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri.janganlah mengharapkan ketaatan seorang isteri,sekiranya kita gagal mentaati allah sebagai hamba-Nya.

hadiah terbaik seorang ayah kepada anak-anaknya adalah dengan mencintai ibu mereka.cintailah isteri nescaya anak-anak akan mencintai kita,jangan sekali-kali memisahkan antara anak dan ibu,nanti putus pula kasih antara anak dan bapa..

apabilah  kita sendiri di uji dengan apa yang kita dakwakan ,itu bermakna allah sedang mendidik kita supaya melaksanakan apa yang kita perkatakan.bersyukurlah kerana allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia...

hati seorang lelaki itu kekadang perlu sekeras waja ,
ada masanya perlu selembut sutera
lelaki
jika jiwamu tulus kerana ilahi 
pasti lurus perananmu sebagai lelaki.

wanita itu umpama angin,kadangkala bertiup lembut,
terlena kita dibuatnya,
ada masanya bertukar menjadi ribut
kalut kita digugahnya,
sekali sekala menjadi taufan
huru hara kita..


Monday, 4 June 2012

KEM ASS-SYIFA'(KRU PITAS 2011)


Kem ini diadakan di smkpp pada tahu 2011....ianya melibatkan pelajar tingkatan 1-3 di man hampir 150 orang peserta yg menyertainya...objektif kem ini diadakan adalah untuk menyedarkan peserta tentang azab allah yang berada dekat di belakkang mereka dan maut yg sentiasa berada hampir dengan roh mereka....kem ini telah melibatkan kru smkpp(ting 4,5 dan 6)...



























kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam......terima kasih kepada semua mereka yg terlibat.,....

SAHABAT RASULULLAH SAW.

SAYIDINA ABU BAKAR R.A:

" Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu."

"Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan".

". Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"



SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB R.A :

" Jika tidak kerana takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti."

"Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki".

" Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia"



SAYIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A :

"Apabila engkau ingin di taati,maka pintala apa yang mampu di lakukannya."


"apabial kata-kata ringkas sudah memadai,maka memanjangkan kata-kata adalah suatu perkara yang akan membosankan.dan apabilah kata-kata ringkas tidak memadai,maka memanjangkan kata-kata adalah satu kemestian."


"menggerakkan sesuatu yang tidak bergerak adalah lebih mudah daripada menghentikan sesuatu yang sedang bergerak" 


"jihad bagi seorang wanita adalah dia berbuat baik kepada suaminya."


SAYIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A :



Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
  1. Hatinya selalu berniat suci
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.



KISAH KHALID AL WALID DAN SAIDINA UMAR AL KHATTAB


Khalid al-Walid, siapa yg tidak kenal? Jeneral tentera Islam yg sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh Islam ketika itu. Dirinya penuh dgn strategi peperangan yg tidak akan kalah. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yg dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.

Khalid al-Walid dengan senyum, meniggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain kurang berpuas hati. 

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata mereka.

Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." Tenang beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata ,"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik."

"Kenapa pula kami boleh berlaku syirik bawah pimpinan Khalid al-Walid?" 

Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

Sejak peristiwa tersebut, Saidina Umar digelar tobibul qulub.


Sahabat Smpai Syurga


Dahulu, di tanah Kurdistan, ada seorang raja yang adil dan soleh.Dia memiliki seorang anak yang cerdas,tampan dan berani.Saat2 yang menggembirakan bagi si raja adalah ketika dia mengajar anaknya membaca Al-Quran, lalu menceritakan kisah-kisah kepahlawanan para panglima dan tenteranya di medan pertempuran.
            Putera raja itu bernama Said.Said sangat gembira mendengar kisah diceritakan oleh ayahnya.Said akan merasa marah apabila sedang mendengar ayahnya bercerita, tiba-tiba ada orang yng memutuskannya.Kadang kala , ketika sedang asyik mendengar cerita ayahnya, tiba-tiba pengawal masuk untuk memberitahu yang ada tetamu penting yang harus ditemui.Si raja tahu apa yang dirasakan anaknya.Maka, dia member nasihat pada anaknya,"Said, sudah masanya kamu mencari sahabat yang baik yang membantumu untuk menjadi orang yang baik.Sahabat sejati yang dapat kamu sayangi untuk mendapatkan syurga-Nya".
            "Apa maksud ayah dengan sahabat yang dapat disayangi untuk mendapatkan syurga-Ny?"Tanya Said.
            "Dia adalah sahabat sejati yang benar-benar mahu bersahabat denganmu bukan kerana darjatmu tetapi kerana keikhlasan hati.Dia menyayangimu kerana Allah, dan di atas dasar itu, kamu pun dapat menyayanginya dengan penuh keikhlasan kerana Allah.Kekuatan kasih sayang kamu dan sahabatmu itu akan melahirkan kekuatan dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan.Kekuatan kasih sayang itu juga akan bersinar dan membawa kamu dan sahabatmu itu untuk masuk ke syurga".
            "Bagaimana caranya mencari sahabat seperti itu, ayah?"
            Ayahnya menjawab, "Kamu harus menguji orang yang hendak kamu jadikan sahabat.Ada satu cara menarik untuk menguji mereka.Jemputlah sesiapa yang kamu anggap sesuai menjadi sahabatmu untuk makan sarapan disini, di istana kita.Jika sudah sampai di sini, lambatkan waktu menyajikan makanannya.Lihatlah apa yang kemudian mereka lakukan.Ketika itu, rebuslah tiga biji telur untuknya, lalu lihat apa yang mereka lakukan ! itu cara mudah bagimu, syukur jika kamu dapat mengetahui perilakunya lebih dari itu".
            Said gembira mendengar nasihat tersebut.Diapun  mengamalkan cara mencari sahabat sejati yang cukup aneh itu.Mula-mula, dia menjemput anak-anak pembesar kerajaan seorang demi seorang.Sebahagian besar mereka marah-marah kerana hidangan tidak juga keluar.Bahkan, ada yang memukul-mukul meja dan ada yang melontarkan kata-kata yang tidak segarusnya, memaki-maki kerana makanannya lambat sekali dihidangkan.
            Di antara sahabat putera raja itu, ada yang bernama Adil, anak seorang menteri.Said melihat Adil seperti seorang yang baik hati dan setia.Maka , dia ingin mengujinya.Dijemputlah Adil untuk sarapan pagi.Adil memang lebih sabar dibandingkan dengan mereka yang lain yang sebelumnya.Dia menunggu keluarnya hidangan dengan setia.Setelah dirasakan memadai, Said mengeluarkan sebuah piring berisi tiga biji telur rebus.Melihat itu, Adil berkata, "Hanya ini sarapan kita? Ini tidak cukup mengisi perutku!"
            Adil tidak mahu menyentuh telur itu.Dia pergi begitu sahaja meninggalkan Said sendirian.Said diam sahaja, dia tidak perlu minta maaf pada Adil kerana memperkecilkan makanan yang telah dia rebus dengan kedua tangannya.Dia faham bahawa Adil tidak lapang dada dan tidak sesuai untuk dijadikan sahabat sejati.
            Pada hari berikutnya , dia menjemput anak seorang saudagar paling kaya.Tentu sahaja, anak saudagar itu sangat gembira mendapat jemputan sarapan pagi dari putera raja.Pada malam harinya, dia sengaja tidak makan agar pada paginya dapat makan dengan banyak.Dia membayangkan makanan putera raja pasti enak dan lazat.
            Awal-awal pagi lagi anak saudagar kaya itu telah datang menemui Said.Seperti mereka yang sebelumnya, dia harus menunggu lama sehingga makanan keluar.Akhirnya, keluarlah piring dengan tiga biji telur rebus.
            "Ini makanannya, saya ke dalam dahulu mengambil air minuman," kata Said meletakkan piring di atas meja, lalu dia masuk ke dalam.
            Tanpa menunggu lagi, anak saudagar it uterus melahap satu persatu telur itu.Tidak lama kemudian, Said keluar membawa dua gelas air kosong.Dia melihat pada meja, ternyata tiga biji telur itu telah lenyap.Dia hairan.
            "Mana telurnya?"
            "Telah aku makan".
            "Semuanya?"
            "Ya, habis aku sangat lapar".
            Melihat peristiwa itu,Said terus tahu bahawa anak saudagar itu juga tidak boleh dijadikan sahabat setia.Dia tidak dapat merasa suka duka bersama kerana Said juga belum makan apa-apa.
            Said merasa marah dengan mereka yang telah dijemputnya di sekitar istana.Mereka semua mementingkan diri sendiri.Bukan sahabat yang setia.Mereka tidak layak dijadikan sahabat sejatinya.Akhirnya , dia meminta izin ayahnya untuk pergi mencari sahabat sejati.
            Mulailah Said mengembara melalui hutan, lading, sawah dan kampong untuk mencari sahabat yang baik.Sehinggalah akhirnya, pada suatu hari yang cerah, ia bertemu dengan budak pencari kayu api yang berpakaian sederhana.Budak itu sedang memikul kayu api.Said mengikutinya senyap-senyap sehingga budak itu tiba di pondoknya.Rumah dan pakaian budak itu menunjukkan ia sangat miskin, namun wajah dan sinar matanya memancarkan tanda kecerdasan dan kebaikan hatinya.Budak itu mengambil wudhu , lalu solat dua rakaat.Said memperhatikannya dari sebalik rumpun pepohonan. Melihat dia telah selesai solatnya , Said datang dan menyapanya.
            "Sahabat, namaku Said.Jika boleh, siapa namamu dan kamu tadi solat apa?"
            "Namaku Abdullah.Tadi itu solat Dhuha".
            Lalu, Said meminta anak itu agar bermain-main dengannya dan menjadi sahabatnya.Namun Abdullah menjawab, "Ku fikir kita tidak sesuai menjadi sahabat.Kamu anak orang kaya, malah mungkin anak orang bangsawan. Sedangkan , aku anak orang miskin, anak seorang pencari kayu api".
            Said menjawab, "Tidak baik kamu berkata begitu.Mengapa kamu membeza-bezakan orang?Semuanya adalah hamba Allah.Semuanya sama, hanya orang bertaqwa yang menjadikan orang mulia disisi Allah.Adakah aku kelihatan seperti budak yang jahat sehingga kamu tidak mahu bersahabat denganku.Mengapa kita tidak cuba buat sementara dahulu? Kamu nanti dapat menilai aku samada sesuai atau tidak menjadi sahabatmu".
            "Baiklah jika begitu, kita bersahabat dengan syarat hak dan kewajipan kita sama sebagai sahabat yang seia sekata".
            Said bersetuju dengan syarat anak pencari kayu itu.Sejak hari itu mereka bermain bersama, pergi ke hutan bersama, memancing bersama dan memburu arnab bersama.Anak tukang kayu itu mengajarnya berenang di sungai dan mengajarnya memanjat pohon di hutan.Said gembira sekali berkawan dengan anak yang cerdas , rendah hati , lapang dada dan setia.Akhirnya, dia kembali ke istana dengan hati yang gembira.
            Kemudian, suatu ketika budak miskin itu dijemput ke istana.Di istana, dia dihidangkan dengan tiga biji telur sebagai ujian, sebagaimana dilakukan terhadap sahabatnya yang lain.
            Said mempersilakan sahabatnya itu untuk mula makan. Anak pencari kayu itu mengambil sebiji, lalu mengupas kulitnya dengan perlahan-lahan.Sedangkan Said mengupasnya dengan cepat dan memakannya.Dengan sengaja Said mengambil telur yang ke tiga, ia mengupasnya dengan cepat dan melahapnya.Sahabatnya telah selesai mengupas telur yang ada pada tangannya.Said ingin melihat apa yang akan dia lakukan dengannya.
            Budak miskin itu mengambil pisau yang ada berhampiran, lalu membelah telur menjadi dua, yang separuh dia pegang dan yang separuhnya lagi dia berikan pada Said.Tidak ragu-ragu lagi, Said menangis terharu.Said lalu memeluk anak pencari kayu itu erat-erat sambil berkata, "Kamu sahabat sejatiku! Kamu sahabat sejatiku! Kamu sahabatku masuk syurga!"
Sejak saat itu, keduanya bersama bersahabat dengan sangat akrabnya.Persahabatan mereka melebihi saudara kandung.Mereka saling menyayangi dan menghormati kerana Allah.Disebabkan kekuatan kasih sayang itu, mereka bahkan belajar dan berguru dengan ulama yang berada di merata tempat.
Setelah berganti-ganti bulan dan tahun, keduanya akhirnya besar dewasa.Raja yang adil, ayah Said meninggal dunia.Akhirnya, Said diangkat menjadi raja untuk menggantikan tempat ayahnya.Menteri yang pertama kali dia pilih adalah Abdullah, anak pencari kayu api itu.Abbdullah pun benar-benar menjadi sahabat seperjuangan dan penasihat raja yang tiada duanya.Meskipun telah menjadi raja dan menteri, keduanya masih sering menunaikan solat tahajjud bersama dan membaca Al-Quran bersama.Kecerdasan dan kematangan jiwa keduanya mampu membawa kerajaan itu makmur jaya.
            Itulah sahabat sejati , sahabat yang mampu mengajak kita untuk mencintai secara tulus kepadaNya.Tidak dapat disangkal lagi bahawa dalam mengharungi bahtera kehidupan kita sangat memerlukan sahabat yang dapat kita jadikan teman menunjuk jalan kebenaran.Sahabat sejati yang dapat menasihati kita ke arah kebaikan.
            Jadi pilihlah sahabat dengan betul kerana ini juga saham akhirat kita..sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
"Mereka berkata, sambil bertengkar sesame sendiri dalam Neraka:Demi Allah! Sesungguhnya kami ( semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata, kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian Alam.Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.Degan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang member pertolongan , dan tiadalah sahabat karib yang bertimbang rasa.Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman". (Surah Asy-Syu'ara : 96-102)
            Memilih sahabat perlu dilakukan dengan cermat dan teratur, bukan secara spontan.Ini kerana persahabatan bermakna kehidupan bersama…..so selamat berusaha moga kita semua mendapat sahabat yang dapat membimbing kita menuju syurga Allah….
Wa Allah hu a'lam..

wanita bagaimana yang patut dikahwini


Seorang pemuda bertanyakan pada penulis kolum Mustafa Amin :-
“Wanita bagaimanakah yang harus dikawini? Adakah  dia harus berkahwin  dengan perempuan berpelajaran, yang menguasai banyak bahasa asing, agar dia dapat menemani melancong ke Eropah atau Amerika? Atau wanita cantik dan menarik yang akan mendampinginya dalam pesta pertemuaan yang disinari berbagai lampu? atau wanita yang bekerja  sehingga memahami makna kerja dan mengambil berat kepayahan, kesukaran serta hanyut dalam kerjanya? Atau wanita yang dapat menjadikan rumahnya syurga, tempat berehat dari kesengsaraaa daripada bekerja terus menerus?”

Mustafa Amin menjawab :-
“Kamu perlu berkahwin dengan seorang wanita yang memiliki beberapa sifat. Wanita  yang kamu kahwini haruslah bagaikan tongkat yang dapat kamu gunakan ketika kamu mendaki gunung. Ataupun, bagai payung yang dapat kamu gunakan untuk melindungi kepalamu  dari hujan dalam bahtera kehidupan.”

“Kamu memerlukan lampu yang dapat menerangimu ketika berjalan dalam gelap, kompas yang dapat kamu jadikan pedoman arah kebingungan, Dia adalah umpama almari yang selalu bersedia menyimpan rahsiamu, enjin yang dapat mengendalikan perjalananmu sehingga bersemangat membara dan kuat keika menghadapi serangan lawan, ubat kepala ketika kamu pening, suara merdu yang dapat mendodoikanmu agar matamu dapat terpejam  ketika hendak tidur, sapu tangan untuk mengusap air matamu dan mengeringkan keringatmu ketika kamu penat, pembalut yang dapat merawat lukamu, penawar yang dapat  menghalang sampainya hiruk pikuk ke telingamu. Dia adalah teman berunding dalam merundingkan  masalah yang kamu hadapi. Jika kamu mencari orang bijak untuk menyelesaikan masalahmu, kamu dapati dia dalam pelukkanmu. Jika kamu memerlukan teman , dia adalah sahabat setiamu. Dan jika kamu kehilangan ibu, kamu dapati pada isterimu kasih sayang  yang melimpah ruah seperti kasih sayang ibumu. Serta, dia rela berkorban dan berjuang bersamamu.”

“Lelaki biasa hanya memerlukan wanita yang biasa. Tetapi lelaki yang bertuah, bermakna lelaki yang luar biasa sehingga memerlukan wanita yang luar biasa juga. Dia sanggup memikul beban melebihi wnaita biasa, yang lebih sabar daripada Nabi Ayub a.s, yang tegar bak gunung, yang menjadi tiang penyokong lelaki yang fakir hati dan akalnya.”

“Dia yang dapat mengembalikan harapanmu ketika kamu sedang berputus asa. Dia yang dapat membangkitkan semangat dan kemantapan hatimu ketika kamu sednag bergolak. Dia yang dapat membuatmu tersenyum ketika kamu tidak tersenyum. Dia yang penyantun ketika kamu terhimpit. Dia yang dapat bergaul sesama manusia dengan baik, sedangkan dia sedang berkuasa bagai ratu dn menahan diri dari membazirkan harta. Sewaktu reputasi tinggi, dia semakin tawaduk. Sewaktu kedudukan meningkat , dihulurkan tangannya untuk mencapai orang yan jatuh di atas tanah. Jika suaminya mempunyai kedudukan yang tinggi, ditariknya supaya merendahkan diri. Jika suaminya muflis, dia melayannya seperti orang yang paling kaya dimuka bumi.”

Pemuda itu berkata ” Mustahil aku mendapat isteri seperti itu!”

Mustafa Amin menjawab :-

“Setiap Wanita yang benar-benar mencintaimu dapat bersikap seperti isteri ideal seperti apa yang kamu inginkan, jika dia benar-benar mencintaimu!”

Demikian paparan Mustafa Amin. Sesungguhnya, beliau ingin meyakinkan pada pemuda itu bahawa dia boleh mendapatkan isteri yang ideal, apabila isteri itu mencintainya. Ini kerana orang yang cintanya sejati, pada hakikatnya , tidak akan derhaka pada kekasih yang dicintainya. Dia akan selalu melaksanakan apa yang diinginkan kekasihnya. Jika dia mengaku mencintainya tetapi sifat, dan perilakunya sering kali membuatkan hati orang yang dicintainya sedih, maka sesungguhnya dia tidak mencintainya. Dia mencintai kekasihnya hanya pada mulutnya sahaja , bukan mencintai secara tulus.