Nabi sulaiman perna bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam jangkah masa setahun. semut menjawab bahawa dia hanya memerlukan makana sebanyak sebutir buah gandum.lalu nabi sulaiman memasukkan semut itu kedalam satu botol dengan bekalan sebutir gandum.mulut botol itu kemudiannya di tutup.
cukup tempoh setahun,mulut botol itupun di buka semula oleh Nabi Sulaiman as.peliknya,semut itu hanya memakaan separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang di makannya.Nabi Sulaiman bertanya,mengapa hanya separuh sahaja yang dimakannya sedangkan semut itu sendiri berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum ?sang semut pun menjelaskan bahawa jika di luar boto itu rezekinya di jamin sepenuhnya oleh allah dan dia yakin bahawa allah pasti akan mencukupkan rezekinya.sebab itulah dia tidak perlu risau tentang hakikat itu.namun jika di kurung di dalam botol oleh manusia(nabi sulaiman)dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia.mana tahu,kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun?apakah yang akan terjadi kedanya?.
Ertinya,semut lebih yakin kepada jaminan allah daripada jaminan manusia ketika erada di dalam botol.untuk menghadapi kemungkinan itulah semut telah berhati-hati dan berjimat cermat yakni dengan memakan separuh dahaja daripada makanan yang diperlukannya untuk tempoh setahunsupaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan,dia mampu bertahan.masih ada baki makanan yang bolej digunakan.
Inilah sifat tawakal semutdan ikhtiar yang boleh di pelajari oleh manusia daripada semut.jangan sekali-kali bergantung kepada jaminan makhluk dalam soal rezeki.sebaliknya bergantunglah kepada jaminan allah.jika manusia menjamin bahawa bekalan makanan dan petrol akan sentiasa mencukupi setiap tahun,jangan terlalu yakin.sebaliknya bergantunglah kepada allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan diri.jika tidak kita akan di kecewakan.untuk itu kita kena jadi seperti semut.
Tapi berapa keratkah manusia yang bergantung kepada jaminan allah apabila berlaku krisis ekonomi.walaupum ada seruan yang menganjurkan untuk hidup berjimat cermat ketika ekonomi meleset padahal islam menganjurkan kita supaya berjimat cermat tanpa mengira situasi dan kondisi."orang yang membazir merupakan saudara syaitan"tidak kiralah ketika ekonomi meleset mahupun stabil.dan adalagi yang mensyorkan untuk melakukan perubahan corak kehidupan dalam keadaan sekarang.apakah lagi yang hendak di ubah-ubahkan sedangkan cara kehidupan orang islam itukan cara hidup islam.
jarang sekali kita melihat tafsiran tentang apa yang berlaku pada masa kini.tafsiran yang merujuk kepada musabbil asbab(faktor penyebab)bukan hanya asbab(sebab).hakikatnya,semua yang berlaku adalah atas izin allah jua,dan tentu ada maksud allah izinkan semua itu berlaku.
adakah kita lupa tentang apa yang perna di beritahu oleh al-uran dan al-hadis bahawa ujian allah adalah untuk meningkatkan keiman kita.bukan itu sahaja ujian juga mampu meningkatkan kebijaksanaan,kesabaran dan kekreatifan kita untuk menyelesaikan masalah.apakah musibah ini menggugat keyakinan kita kepada allah yang bersifat al-wahab(maha pemberi),al-ghani(maha kaya) dan al-razak(maha pemberi rezeki).
bagaimanakah hendaknya kita berhadapan dengan allah dalam menghadapi ujian?
adakah kita mula mendidik hati kita dengan sifat mahmudah bersumberkan akidah islamiah?
apakah kita mudah bermuhasabah dalam ujian semasa yang semakin mencabar ini?
apakah langkah yang di ambil sudah mengikut syariah.?
saya bukanlah seseorang penulis yang mampu mentafsir hal ini dengan lebih mendalam,namun inilah persoalan yang dapat di hasilkan daripada kisah anaara nabi sulaiman dan semut.
intihanya,pasti akan ada mesej dan signal daripada allah untuk semua umat manusia di sebalik ujian yang di turunkannya.amat mustahil sekiranya allah menurunkan ujian dengan sia-sia.pasti ada sesuatu yang allah selitkan yang perlu di ambil pengajaran oleh hamba-NYA.
Situs Judi Slot Online Terpercaya No 1 di Indonesia
ReplyDeletePlazajudi situs judi slot online terpercaya 경상북도 출장안마 Indonesia yang menyediakan game slot 제주도 출장마사지 gacor 보령 출장샵 hari ini, 광주 출장안마 slot88, judi bola, casino dan slot joker123 terbaik 고양 출장샵 dengan