setiap yang bernyawa pasti akan mati

Monday, 9 July 2012

Puasa,Adakah Masih Sama Seperti Dahulu....


adakah puasa kali ini masih seperti dahulu?hanya sekadar bersahur,berlapar,berbuka dan bertarawih.
tidak salah sekiranya tahun ini kita buat perubahan sedikit.mulakan denganlangkah pertama yang amat mudah iaitu mengubah pandangan tentang puasa.era ini jarang sekali manusia yang dapat melihat atau mentafsirkan puasa itu dengan tepat.Terdapat pelbagai pandangan yang elah di utarakan sama ada dari sudut ekonomi,politik malah sosial.
Namun kebelakangan ini telah mula wujudmanusia yang menantikan kehadiran ramadhan untuk memburu pahala,fadhilat dan berkat yang berganda.
Namun ianya masih belum tepat namun bukan beerti pandangan seperti ini salah.
untuk mendapatkn pandangan pusa yang sebenarnya maka kita hendaklah merujuk  kepada tuhan yang telah memerintahkan puasa kepada kita.ALLAH  sendiri telah menjelaskan mengapa puasa itudiperintahkan dalam Al-Quran di surah al-baqarah ayat 83 yang dpt diringkaskan "puasa diperintahkan kepada orang-orang yang beriman untuk membina takwa.
Maksudnya perintah hendaklah dipandang mengikut tujuan ia diperintahkan.puasa haruslah dipandang sebagai suatu mekanisme takwa.puasa untuk membina takwa.inilah yang utama!!
Namun begitu,berapa ramai manusia yang bercakap-cakap mengenai takwa namun tidak perna tahu definisi takwa yang sebenarnya.Takwa dari kata asal waqaatau wiqayah yang membawa maksud berhati-hati atau mencegah.jadi secara ringkasnya takwa dapat di definisikan sebagai sifat berhati-hati seseorang dalam sesuatu perkara.Berhati-hati dapat di bahagikan kepada dua  hukum tuhan iaitu hukum dinullah(halal,haram,sunat,makhruh dan harus)yang di kenakan kepada manusia dan hukum sunnatullah(sebab dan akibat)yang dikenakan kepada semua ciptaan-NYA
Apakah kaitan hukum dinullah dengan puasa?
banyak perkara halalyang ditegah semasa berpuasa.makan,minum,bersetubuh untuk suami isteri antaranya.jika perkara halal pun dapat ditinggalkan pada siang hari di bulan ramadhan sepatutnya kita lebih mudah meninggalkan perkara haram pada bulan-bulan lainnya.oleh itu puasa boleh di jadikan sebagai suatu acuan untuk meninggalkan perkara yang di haramkan oleh allah swt.
puasa juga merupakan latihan untuk menjaga perkara wajib dan sunnat.Dua puluh rakaat dolat sunnat terawih ataupun paling lazimnya 8 rakaat yang terus menerus sepanjang bulan ramadhan tntunya kan memudahkan kita untuk menjaga solat lima waktu yang diwajibkan kepada kita.jika di bualan ramadhan kita mampu meluangkan sejam masa untuk bertadarus al-quran mustahil kita tidak mampu meluangkan beberapa minit untuknya pada bulan-bulan yang lain.
namun sayangnya ramai manusia yang gagal dalam melaksanakannya.mengapa kiranya?
Ini semua adala disebabkan oleh diri kita sendiri yang tidak melihat puasa sebagai latihan.kita langsung tidak merasa terlatih dengan puasa yang dikerjakan.ataupun yang lebih tepat adalh kita tidak merasai yang kita sedang bermujahadah dan melatih jiwa kita.inilah aspek teras puasa yang selalu terlindung dibalik aspek ritualnya.
Tidak cukup hanya dengan hukum dinullah ianya juga harus ditambah dengan hukum sunnatullah.orang yang bertakwa itu bukan sahaja berhati-hati kepada hukum dinullah namun mereka juga berhati-hati dngan hukum sebab dan akibat.oleh itu,mereka akan sentiasa berusaha untuk melahirkan sebab-sebab untuk berjaya dalam hidup.mereka juga rajin dan amat kuat dalam usahanya.mereka  patuh kepada hukum ini keran ini juga merupakan hukum allah.Malangnya, ramai umat islam pada hari ini yang taat pada hukum dinullah tetapi membelakangkan hukum sunnatullah dan sebaliknya.tidak ketinggalan mereka yang mengabaikan kedua-duanya juga turut bertambah.
andai kata ketaatan kepada hukum dinullah membangunkan pembangunan rohani,maka ketaatan kepada hukum sunnatullah melahirkan pembangunan material.
Adakah puasa umat islam pada ramadhan yang akan datang atau sebelumnya ini sudah berjaya melahirkan peribadi takwa.??
jawapannya adalah belum.mengapa?
kerana pembangunan rohani kita tidaklah tinggi dan pembangunan material kita pun tidaklah setara mana.Masih terpampang jelas di mata-mata kita hari ini bahawa umat islam hari ini masih belum berhati-hati dengan hukum dinullah dan hukum sunnatullah

Semoga kita tidak lagi dibelenggu  oleh masalah beramal tanpa ilmunamun masalah selanjutnya adalah bagaimana untuk melepaskan tabiat berilmu tapi tidak beramal.sudah tentu ini adalah jauh lebih payah,kerana ianya bukan sahaja menyentuh soal tanggapan dan kefahaman malah soal penghayatan dan mujahadah yang menyentuh elemen dalaman(hati,akal,nafsu)juga turut melibatkan benih dan buah daripada puasa yang dikerjakan.
Inilah nasib agama islam,agama yang mudah tetapi kini semaki sukar untuk difahami dan di amalkan.kerana amalan yang mudah ini akan menjadi payah sekiranya sentiasa dipermudah-mudahkan.

No comments:

Post a Comment