setiap yang bernyawa pasti akan mati

Tuesday, 17 July 2012

114 Surat Cinta Yang Di Sia-Siakan.


















Berapa ramai manusia yang telah menunaikan solat selama bertahun-tahun lamanya ,namun apabilahdi tanya mengenai maksud-maksud bacaan solat mereka tidak tahu.bagi pandangan saya selama kita bersolat pun kita sudah mengetahui bahawa kita tidak mengetahui maksud-maksud di balik bacaan solat.Cumanya kita bersiafat tak apa,tunggu ataupun nantilah.Sehingga sedar tak sedar,sikap sambil lewa inilah yang telah menyebabkan kita tidak mengetahui maksud bacaan solat walaupun telah bersolat bertahun-tahun lamanya.Secara ringkasnya,kita tidak serius dalam menunaikan ibadat kepada Allah swt.
  Mengapa agaknya kita merasa tidak serius?jawapannya adalah kerana kita merasakan ibadat solat itu tidak penting.Sedikitpun tidak terdetik dihati kita untuk merasa rugi sekiranya tertinggal solat,apatah lagi hendak berasa kesal dan bersalah.Namun sekiranya kita mengalami kehilangan wang,rumah tebakar,harga barang naik terasa betul di hati kita.Tahukah kita manusia yang utama merasakan solat itu penting adalah Nabi Muhammad saw dan seterusnya Para sahabat ra.Kisah di bawah ini adalah kisa yang dapat menggambarkan betapa Rasulullah saw dansahabat ra amat mementingkan solat.
         "kisah bagaimana kaki nabi saw bengkak-bengkak akibat terlalu lamanya baginda saw berdiri dalam solat.Bayangkan pula bagaimana saidina abdul rahman bin auf ra tega menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya dalam bertakbiratulihram dalam solat berjemaah pimpinan rasulullah saw."
Intihanya mengapa kita berbeza dengan mereka.??
    Sebab kita tidak merasa allah penting dalam kehidupan kita.Kita hanya akan berhubung dengan seseorang itusekiranya kita merasa orang itu penting dan diperlukan.bayangkanlah betapa resahnya kita sekiranya tidak dapat berhubung dengan ibu bapa,anak isteri,bos,saudara dan teman rapat kita.Andai katalah rasa seperti ini dapat dilahirkan di dalam hati kita apabila terlambat lebih-lebih lagi terluput waktu solat,alangkah baiknya.
   Allah adalah yang terpenting daripada segala-galanya kerana DIA-lah yang mengadakan segala-galanya untuk kita.Kita telah dilimpahi jutaan nikmat,sedangkan kita melupakan pemberi nikmat,sepatutnya kita menghitung kesyukuran bukannya menghitung kesukaran.
   Bayangkanlah kita seperti burung kakak tua yang hanya bijak berkata-kata tetapi tidak memahami maksud yang diperkatakannya itu.Tidak hairanlah sekiranya kita lalai dalam solat.Jika tidak paham,bagaimana hendak menghayatinya?kita sujud,sedangkan hati kita tidak sujud.kita ucapakan subhanallah tetapi tidak terasa sikitpun mensucikan allah.Ini hanyalah kalimat-kalaima mudah belum lagi yang berkaitan doa iftitah,al-fatihah,tasyahud,qunut dan banyak lagi.mungkin ramai yang menghafalnya namun ramai lagi yang tidak memahami ertinya.
        Tidak hairanlah sekiranya hari ini kemungkaran semakin menjai-jadi dalam masyarakat.Bila tidak solat bagaimana mungkin dalam diri ini ada kemampuan untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran.Ini hanyalah sedikit bagaimana pula dengan 6666 ayat dalam al-quran.betapa terasa bahawa agama islam kita ikuti tanpa erti,kita mengamalkannya tanpa penghayatan.seperti pelajar yang membaca buku tetapitidak paham.Adakah dia akan lulus dalam peperiksaan?
     Bayangkanlah bagaiman agaknya sekiranya kalau kita menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih,tetapi kita tidak paham apa yang di tulisnya.ALLAH-"KEKASIH" mengutuskan 114 surahnya  kepada semua makhluk di dunia ini.Berapa surahkah yang telah kita tahu maknanya?Faham tafsirannya?Amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutannya?Benar-benarkah kita cintakan allah jika surat cinta-NYA(al-quran)tidak kita usahakan untuk membaca,memahami dan menghayatinya?alhasil,114 surat cinta-MU kemi persiakan begitu sahaja.
           Ya Allah ampunilah kami yang jauh daripada solat,jauh daripada al-quran,justeru terlalu jauh daripada-MU.Astaghfirullah hal'azim.bukan kau ya ALLAH yang jauh tetapi kamilah ini yang telah menjauh.

2 comments: