setiap yang bernyawa pasti akan mati

Thursday, 5 July 2012

Air Keberkatan Ramadhan.


Ramadhan datang dan pergi, tetapi adakah keberkatan hidup ini terus di naungi oleh teduhan keberkatannya?
Tahun saban tahun adakah kita terus hampir kepada ketakwaan yang dibawahnya?ataupun ianya terus memecut,meninggalkan kita yang masih sibuk berlatih mencari kemuliaannya."qullu nafsin za'iqatul maut".manalah taahu nafas terhenti sebelum kita merasakan kenikmatan di dalam bulan ramadhan ataupun mencecah sedikit rahmat,keberkatan,maghfirah apatah lagi jannah yg menjadi tagihannya.

Apakah perubahan yang perlu dilakukan pada ramadhan kali ini??
adakah perlu di teruskan berbuka bersama di masjid,kemudian menunggu solat isyak,baca a-quran dan solat terawih.Mengapa amalan ini sahaja yg dilakukan setiap bulan ramadhan.sedarilah bahawa amalan yg beggini sedikitpun masih terlalu ramai mereka yang payah melaksanakannya.mampukah kita mengubah rutin berbuka kita dengan memakan nasi kepada hanya meminum airdan kurma sahaja,dengar memang payah tapi ketahuilah sekiranya ianya dilakukan secara istiqamah insyaallah ianya akan menjadi ringan.

usia kita saban hari saban senja namun adakah kita ingin tetap dalam amalan yang kecil ini??
biarlah kita mengamalkan amalan yang sedikit asalkan ianya berkekalan dan biarlah perubahan ramadhan kali ini hanya sederhana tetapi meninggalkan kesan yang pasti.

Adakah puasa kita sebelum ini sudah mencapai puncak takwa??
lihatlah diri kita masing-masing sama ada wajah ketakwaan itu telah kelihatan serinya di wajah kita.bukannya mudah hendak mengawal hal dalaman andai kata hal luaran pun belum mampu kita kawal.
orang bertakwa itu mengawal marahnya,orang bertakwa itu memberi ketika susah dan senang,orang bertakwa itu jika mereka terlanjur melakukan dosa mereka segera mengingati allah dan bertaubat kepadanya,orang bertakwa juga adalah seorang yang pemaaf.
inilah sifat orang yang bertakwa yang allah tegaskan di dalam al-quran.

astaghfirullah,jauh sungguh rupanya kita daripada keberkatan ramadhan andainya di lihat pada hasilnya.kita masih gagal mengawal kemarahan pada saat-saat yang kritikal.sedangkan orang yang bertakwa itu sentiasa berjaya mengawal bara api kemarahannya.pemaaf??ya allah belum lagi.terlalu selalu hanya kata-kata sahaja yang memberikan maaf namun rasa dibalik dada ini masih menyimpannya.

Tahun demi tahun berlalu,kita pula di gamit usia sudah tentu pengertiannya makin mendalam.ramadhan bukanlah suatu tradisi yang datang dan pergi saban tahun tan pengisian tetapi sampai bilakah kita hendak menjadikan bulan suci ini terus menjadi tradisi tanpa berkesan pada jiwa.
Jika dahulu ramadha hadir,badan masih bertenaga namun ilmu hanya setakat di permukaan,puasa hanyalh pada batas sah dan batal.oleh itutidak salah sekiranya kita menjadikan ramadhan tahun ini kita belajar menyelami ilmu walaupun tenaga semakin berkurangan,kesihatan pula nula terjejas sehingga setiap tindakan menjadi terbatas.
Ya allah adakah ramadhan kali ini aku masih mampu mencari keberkatannya dan mengambil secebis mhgfirahdari-MU ya allah..


mungkin masih ramai mereka yang tertawa di luar sana,mungkin mereka belum mengerti perlumbaan antara usia dan amalan.walaupun kita seakan-akan menangisi ramadhan yang telah berlalu disamping menunggu ramadhanyang akan datang.
Tapi ya allah adakah ramadhan yang aku nanti ini sempat aku merasakannya??

No comments:

Post a Comment