Berbicara
soal mata dan hati,kedua-dua benda ini
merupakan aset yang dikurniakan oleh allah kepada empunyanya yang mempunyai
interaksi yang terlalu erat kerana keduanya mempengaruhi antara satu dengan
yang lain
Walaupun
demikian,berapa ramaikah dalam kalangan kita yang menggunakan aset ini dalam
keadaan dia sedar interaksinya,dia tahu perkaitannya dan dia paham keperluannya
dan bukannya sekadar memenuhi kemahuannya.Kenapa demikian?Jawapannya adalah
kerana kemahuan itu sentiasa berubah sedangkan keperluan hanya ada satu iaitu
kebahagiaan tetapi berapa ramaikah antara kita yang menyedarinya.
..Dari
mata turun ke hati ..
Inilah
sebahagian pepatah yang sering kita kaitkan antara mata dengan hati.Namun sungguhpun
begitu hampir semua hati yang ada di dada sebelah kiri manusia hari ini yang
mengeluh kerana sikap matanya.keazalian
mata itu adalah mudah tertarik dengan sesuatu yang indah dan meremehkan
semua yang buruk.Kenapa mesti keegohan mata ini menutup ruang bagi hati kecil meletakkan satu titik tengah bagi
membandingkan,membezakan dan menilai sesuatu yang indah dan yang buruk di mata
itu.Jangan sampai keegohan yang kita baja didalam diri ini dengan hanya sedikit kelebihan itu membuatkan kita lupa
pada keburukan yang indah itu dan keindahan pada yang buruk itu.Yang indah
dimata itu mungkin mempunya sejuta keburukan dihatinya namun yang buruk dimata
itu sudah pasti ada satu keindahan pada pekertinya.
Yang
indah itu bukan rupa yang harum itu bukan bunga dan yang manis itu tidak
semestinya gula.Mata sentiasa menangis kerana hati sedangkan matalah yang
menyebabkan hati menghantar risalah sedih pada perasaan sehingga mengalirkan
air yang jerni di mata.kalaulah manusia sedar bahawa manifesto antara mata dan
hati adalah satu kuasa yang paling dahsyat dimuka bumi berputar ini sudah pasti
banyak mata yang mengikut kata hati bukannya hatinya menuruti kmahuan
matanya.Orang buta sahaja boleh menjadi celik kerana hatinya yang celik,kenapa
kita yang celik ini pula mencari jalan bagi membutakan hati yang tidak bermata.
Kalaulah
waktu boleh diundurkan,sudah pasti permintaan manusia yang terbanyak adalah
untuk kembali kepada sesuatu yang perna ditinggalkan.Maknanya apa,hampir semua
hati manusia hari ini perna menjadi buta
kerana matanya yang terlalu celik.Hati seharusnya
jauh lebih celik daripada matanya kerana mata hanya mampu melihat yang zahir
tetapi hati menilai zahir serta memahami
rohani seseorang yang terindah.
No comments:
Post a Comment