setiap yang bernyawa pasti akan mati

Monday, 17 September 2012

Couple Dan Cinta

                     

Hari ini hampir semua insan menganggap bahawa cinta itu adalah couple dan couple itu adalah cinta.sehinggakan mereka menjadi bingung  kepada mereka yang berkata perna bercinta dan tidak perna couple kerana bagaimanamungkin seseorang yang perna bercinta itu tidak perna bercouple.

Namun juga menjadi suatu kebingungan kepada kita juga kerana adakah setiap cinta itu wajib bercouple?Adakah berpasang-pasangan itu sama ertinya dengan bercinta?Dan adakah tidak berpasangan itu berarti kita tidak bercinta.

Oleh yang demikian,tidak hairanlah sekiranya hari ini ramai dalam kalangan kita yang marah ketika mendengar hujjah bahawa cinta sebelum nikah itu haram.tambahnya lagi bahawa tiada cinta sebelum nikah dan cinta sebelum nikah itu haram.Semua ini disebabkan kerana kita memandang bahawa cinta itu berpsang-pasangan dan sewaktu dengannya.

Pokok perbandingan antara couple dan cinta itu adalah kapel itu letaknya jauh di barat manakala cinta itu pula letaknya jauh sekali di timur.Dua perkara yang kita anggap sama walhal amat berlainan.Ini kerana cinta itu boleh terjalin tanpa hubungan dan hubungan itu juga boleh di jalinkan tanpa wujudnya cinta.

Saya ingin mengongsikan satu definisi cinta yang bukan saya ambil daripada kamus dewan bahasa tetapi saya petik daripada hasil tangan insan bernama HILAL ASYRAF dalam buku karangannya "BATU BATA KEHIDUPAN".Definisi cintanya amat mudah,katanya "cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama dengan orang yang kita kata "saya cintakan awak".Definisi ini dapat diguna pakai untuk isteri,anak,ibu bapa,keluarga,kekasih dan apa sahaja jenis manusia.

Maknanya,sekiranya kita melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah Allah swt itu bererti telah hilang cinta kita kepada seseorang itu kerana kita telah membawanya keluar dari jalan syurga Allah swt.

Cinta itu terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih.jadi saya tidak melihat pada diri seseorang yang melempar seseorang yang lain kedalam api,atau menarik seseorang yang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu,adalah seorang pencinta,penyayang apalagi pengasih.Maksunya,kalau berpacaran itu dilarang oleh allah swt,zina hati itu dilarang oleh Allah swt,dan hubungan lelaki perempuan yang haram dalam islam itu dilarangoleh allah dan apa sahaja yang membawa kepada kemurkahan Allah swt yang mengheret ke neraka Allah swt,apakah si pengajak kepada perlakuan itu dan si pelaku kepada pelakuan ini dinamakan saling kasih mengasihi,sayang menyayangi dan cinta mencintai?

Orang yang melemparkan seseorang ke dalam api neraka dikatakanseorang pencinta.Seandainya anda berpendapat begini maka tidak mengapalah...

No comments:

Post a Comment