setiap yang bernyawa pasti akan mati

Sunday, 10 March 2013

Krisis Hati


kadang-kadang hati kita gundah.fikiran bercelaru sehingga minda terasa seperti tidak berfungsi.mungkin ada sesuatu yang di rasakan telah hilang oleh daging kecil di sudut dadah sebelah kiri ini sehingga membuatkan kita gagal mententeramkannya.kebiasaannya jiwa kita terasa tenang,gembira dan bahagia ketika mana ada jiwa lain yang hadir menemaninya yang diberikan oleh seseorang yang kita perlu bukannya yang kita mahukan.sehinggakankita terleka pada suatu kejadian yang akan membuatkan kita rasa mati walau jantung masih berdegup,rasa lemah walau badan masih utuh,rasa kosong walau teman masih setia,rasa bosan walau hiburan masih berlagu.kejadian yang dimaksudkan adalah ketika jiwa itu pergi meninggalkan kita disaat hati merintih memerlukannya,ketika kaki masih mampu menunggu tapi dia semakin jauh meninggalkan kita,ketika bibir masih ingin menutur beribu cerita bersamanya tapi telinga sudah lelah mendengarnya.
Bukan semua yang kita dapat itu adalah yang  kita inginkan dan bukan pula semua yang kita inginkan itu akan kita dapatkan.manifesto hati manusia itu tidak boleh lepas daripada kebergantungan pada hati manusia yang lain.kerana kekurangan seseorang itu di sempurnakan oleh kelebihan orang lain,dan kelebihan kita pulah menhyempurnakan kekurangan orang lain. bukan mahu membicarakan manusia itu tidak sempurna sekadar ingin mengongsikan bahawa manusia itu sentiasa memerlukan.namun keangkuhan manusia menyebabkan mereka lupa padaarca ini.gemar berbanggah dengan satu kelebihan tapi memaparkan beribu kekurangan.bukan mengumpat tetapi berterus terang.wajahnya cantik tapi lidahnya sombong,matanya ayu tapi telinganya sumbang,hidungnya mancung tapi fikirannya kotor,bauhnya harum tapi hhatinya busuk.
Kalau hati bias ditukar menjadi mulut sudah pasti ramai manusia tenang hidupnya.kerana hati tidak perna dusta dalam penafsirannya tapi mulut sentiasa bohong dalam penyampaiannya.lain di bibir sama dihati tapi tetap dihati lain dibibir untuk si hati

No comments:

Post a Comment