setiap yang bernyawa pasti akan mati

Sunday, 10 March 2013

Krisis Hati


kadang-kadang hati kita gundah.fikiran bercelaru sehingga minda terasa seperti tidak berfungsi.mungkin ada sesuatu yang di rasakan telah hilang oleh daging kecil di sudut dadah sebelah kiri ini sehingga membuatkan kita gagal mententeramkannya.kebiasaannya jiwa kita terasa tenang,gembira dan bahagia ketika mana ada jiwa lain yang hadir menemaninya yang diberikan oleh seseorang yang kita perlu bukannya yang kita mahukan.sehinggakankita terleka pada suatu kejadian yang akan membuatkan kita rasa mati walau jantung masih berdegup,rasa lemah walau badan masih utuh,rasa kosong walau teman masih setia,rasa bosan walau hiburan masih berlagu.kejadian yang dimaksudkan adalah ketika jiwa itu pergi meninggalkan kita disaat hati merintih memerlukannya,ketika kaki masih mampu menunggu tapi dia semakin jauh meninggalkan kita,ketika bibir masih ingin menutur beribu cerita bersamanya tapi telinga sudah lelah mendengarnya.
Bukan semua yang kita dapat itu adalah yang  kita inginkan dan bukan pula semua yang kita inginkan itu akan kita dapatkan.manifesto hati manusia itu tidak boleh lepas daripada kebergantungan pada hati manusia yang lain.kerana kekurangan seseorang itu di sempurnakan oleh kelebihan orang lain,dan kelebihan kita pulah menhyempurnakan kekurangan orang lain. bukan mahu membicarakan manusia itu tidak sempurna sekadar ingin mengongsikan bahawa manusia itu sentiasa memerlukan.namun keangkuhan manusia menyebabkan mereka lupa padaarca ini.gemar berbanggah dengan satu kelebihan tapi memaparkan beribu kekurangan.bukan mengumpat tetapi berterus terang.wajahnya cantik tapi lidahnya sombong,matanya ayu tapi telinganya sumbang,hidungnya mancung tapi fikirannya kotor,bauhnya harum tapi hhatinya busuk.
Kalau hati bias ditukar menjadi mulut sudah pasti ramai manusia tenang hidupnya.kerana hati tidak perna dusta dalam penafsirannya tapi mulut sentiasa bohong dalam penyampaiannya.lain di bibir sama dihati tapi tetap dihati lain dibibir untuk si hati

Thursday, 7 March 2013

Mata Tersilap Hati Mengeluh



Berbicara soal  mata dan hati,kedua-dua benda ini merupakan aset yang dikurniakan oleh allah kepada empunyanya yang mempunyai interaksi yang terlalu erat kerana keduanya mempengaruhi antara satu dengan yang lain
Walaupun demikian,berapa ramaikah dalam kalangan kita yang menggunakan aset ini dalam keadaan dia sedar interaksinya,dia tahu perkaitannya dan dia paham keperluannya dan bukannya sekadar memenuhi kemahuannya.Kenapa demikian?Jawapannya adalah kerana kemahuan itu sentiasa berubah sedangkan keperluan hanya ada satu iaitu kebahagiaan tetapi berapa ramaikah antara kita yang menyedarinya.
..Dari mata turun ke hati ..    
Inilah sebahagian pepatah yang sering kita kaitkan antara mata dengan hati.Namun sungguhpun begitu hampir semua hati yang ada di dada sebelah kiri manusia hari ini yang mengeluh kerana sikap matanya.keazalian  mata itu adalah mudah tertarik dengan sesuatu yang indah dan meremehkan semua yang buruk.Kenapa mesti keegohan mata ini menutup ruang bagi hati kecil  meletakkan satu titik tengah bagi membandingkan,membezakan dan menilai sesuatu yang indah dan yang buruk di mata itu.Jangan sampai keegohan yang kita baja didalam diri ini dengan hanya  sedikit kelebihan itu membuatkan kita lupa pada keburukan yang indah itu dan keindahan pada yang buruk itu.Yang indah dimata itu mungkin mempunya sejuta keburukan dihatinya namun yang buruk dimata itu sudah pasti ada satu keindahan pada pekertinya.
Yang indah itu bukan rupa yang harum itu bukan bunga dan yang manis itu tidak semestinya gula.Mata sentiasa menangis kerana hati sedangkan matalah yang menyebabkan hati menghantar risalah sedih pada perasaan sehingga mengalirkan air yang jerni di mata.kalaulah manusia sedar bahawa manifesto antara mata dan hati adalah satu kuasa yang paling dahsyat dimuka bumi berputar ini sudah pasti banyak mata yang mengikut kata hati bukannya hatinya menuruti kmahuan matanya.Orang buta sahaja boleh menjadi celik kerana hatinya yang celik,kenapa kita yang celik ini pula mencari jalan bagi membutakan hati yang tidak bermata.


Kalaulah waktu boleh diundurkan,sudah pasti permintaan manusia yang terbanyak adalah untuk kembali kepada sesuatu yang perna ditinggalkan.Maknanya apa,hampir semua hati  manusia hari ini perna menjadi buta kerana matanya yang terlalu celik.Hati  seharusnya jauh lebih celik daripada matanya kerana mata hanya mampu melihat yang zahir tetapi hati menilai  zahir serta memahami rohani seseorang yang terindah.