setiap yang bernyawa pasti akan mati

Friday 12 July 2013

Adakah Anda Telah Mengetahuinya.


adakah anda tahu bahawa pada bulan ramadan itu bilangn jemaah sembayang subuh adalah lebih ramai berbanding dengan bilangan jemaah sembayang maghrib.

tahuka anda ada segelintir masyarakat itu post benda-benda yang negatif tetapi mengharapkan komen yang positif...kepada mereka yang melakukannya sedarlah anda hidup di bumi malaysia...bumi islam bukannya di bumi amerika syarikat..ini bua]kan suatu sindiran tetapi sebuah notifikasi kepada anda...

tahukah anda jumlah mereka yang menunggu azan maghrib adalah jauh lebih banyak daripada mereka yang menunaikan solah fardhu magrib...

tahukah anda ramai kaum hawa yang dtg ke masjid dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna..pelbagai persoalan telah timbul kesan daripadanya dan salah satu dripada isu itu adalah iisu berwudhu tanpa menutup aurat..hukum bagi keadaan ini adalah sah wudhu'nya. Sekiranya berwudhu' dalam keadaan aurat terbuka secara sengaja di tempat awam dan dilihat oleh bukan mahram, maka ia berdosa kerana mendedahkan auratnya tetapi wudhu'nya tetap sah. (Rujukan: Fatwa Lujnah Daimah 5/235)

tahukah anda bahawa perempuan yang benar2x suka dan tidak sabar menyambut ramadan itu adalah mereka yang telah menggantikan puasanya bukannya yang hanya tahu mempost "selamat menyambut bulan suci ramadan"..

tahukah anda pada bulan ramadhan itu manusia akan setengah mati menanggung kelaparan di siang hari dan di sebelah malam pula mereka akan setengah mati menanggung kekenyangan..

tahukah anda bila pondan dan lelaki begambar bersama dalam keadaan berpegang tangan orang akan kutuk mereka..sdgkn mereka adalah muhrim dan belum tntu melakukn maksiat...tetapi bila pasangan kapel mengupload gmbar berpegang tangan ataw berapatan manusia akan komen sweetnya...sdgkan mereka bukan muhrim dan jelas2x melakukan maksiat.

tahukah anda bahawa perempuan itu amat sukar untuk meluahkan perasaan mereka melalui bibir apabila di sakiti oleh org yang dia percaya...tetapi mejoriti perempuan yang ada fb akan meluahkan perasaannya melalui jari jemarinya...jadi anda jangan heran kalaw wall anda dipenuhi oleh luahan hati seorang perempuan yang di kasi main oleh bfnya..walaupun anda tidak kesah tentang perasaannya namun berikan lah dia like untuk menceriakannya kerana mungkin dia tiada mud maw tnguk astro ceria apa lg tv3

tahukah anda jika anda pening atau anda sakit perut kemudian mempostnya di fb anda ttp akan menanggung sakit yg sma melainkan anda ringnkn punggung anda untuk bergerak berjumpa dokto

tahukah anda bahawa 46 % rakyat malaysia adalah pengguna tegar facebook iaitu seramai 13 juta daripada 29 juta rakyat malaysia..dan seramai 34% daripadanya adalah mereka yang berumur 18 tahun kebawa..43% bujang dan 23 % lg mereka yang berumah tangga..dan secara puratanya pengguna facebook akan menghabiskan masa 20 jam seminggu di laman facebookk.

tahukah anda mungkin suatu hari nanti setiap sekolah akan menukarkan mata pelajaran pendidikan seni kepada pendidikan meminta puji...ini kerana terlalu ramai golongn budak sekolah yg terlalu mahir dalam menunjukkan gaya meminta puji yang trlalu ohsem

tahukah anda jika di kaca tv tidak ada yg lebih hebat daripada seorang anngkasawan di laman sosial pula tidak ada yg lebih bodoh daipada mereka yang edit gmbar kemudian post dengn caption "NATURAL FACE.."

tahukah anda dengan adanya facebook maka masalah kesihatan seseorang semakin sukar untuk dirawat..hal ini demikian kerana seorang doktor terpaksa bertungkus lumus di wall pesbuknya untuk mencari status2x manusia bodoh yg berbaur masalah kesihatan kemudian menjemput manusia itu untuk dtg ke hospital

tahukah anda mungkin larangan menggunakan telefon dan kamera juga perlu dilarang di mana2x masjid..hal ini perlu bg menangani masalah minta puji golongan yg suka mengepost gmbar2x bertelekung di laman sosial..

tahukah anda bahawa dulu nokia 3310 hanya diletakkan didalam poket..ipad di gantung dileher..sekarang tablet suda di bawa di dalam beg..tidak mustahil akan ada org yg memikul telepon awam nnti..

tahukah anda setiap kali ada majlis perkahwinan semua tetamu akan disajikan dengan pameran telefon dan kamera tercanggih di hadapan pelamin pengantin.


Saturday 22 June 2013

Koleksi Sindiran Yang Pedas



Dalam kehidupan bermasyarakat..ada beberapa kelompok manusia yang amat sulit untuk di tegur atau diuabah dengan kata-kata..sebab itulah kadang-kadang kita perlu menggunakan sedikit sindiran bagi mengetuk hati2x yang telah membatu atau dengan bahasa kiasannya tidak pandai sedar diri..

mempromosikan diri dilaman sosial sebagai single tidak ada bezanya dengan ikan dipasar gantung..walaupun telah dilelong namun masih belum ada yang membeli..

peningkatan harga cermin mungkin mencajadi puncah mengapa anda tidak pandai sedar diri..

keromanikan anda sebagai pasangan kapel sudah layak untuk menempah sebuah bilik vvip di neraka jahanam..

tolong berikan alamt rumah dan tempat tinggal anda..untuk memudahkan malaikat maut menjemput anda..

mungkin keadaan anda cuaca yang menikatkan menjadi puncah utama kenapa anda berpakaian seksi..

manusia yang terlalu mengedit gambar di laman sosial sama sahaja seperti filem hantu..menakutkan di kaca tv tapi lebih menakutkan lagi di dunia sebenar..

muka anda sama seperti selipar jamban saya..terlalu kotor dan selalu dipijak...

saya suka sikap anda yang tidak mudah putus ada untuk menunjukkan sikap terbodoh anda..

kamu bukan lah malaikat tapi seperti syaitan..

sy tidak perna terfikir masih ada lagi rupanya manusia bodoh seperti anda dalam dunia yang makin maju ni kan...

bila berbual dengan ko bt aq mengimbau zaman kanak2x ketika aku belum pandai paham bahasa..

kamu seperti seekor babi lah..amat menjijikkan dan selalu menjadi simbol kepada pekara yang teramat buruk..

berhati-hati lah ketika menggunakan ayat yang berbaur sindiran seperti ini,...kerana mungkin manusia yang menerima sindiran seperti ini akan memberikan tindak balas yang lebih menyakitkan..bila mendapat respon seperti ini anda hanya perlu diam dan tinggalkn sahaja mereka..biar mereka bermain dengan ayat yang telah anda berikan yang akan mentertekanankan mereka...
                                                                 


Ambil yang jernih dan tapis yang keruh..

Wednesday 19 June 2013

Motivasi Daripada Golongan Yang Hebat





Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille


Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
- Aflatun

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
-Hukama

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -
Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -
Soekarno

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya   -
 Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -
Abraham Lincoln

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -
Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -
Beng Tju

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -
Albert Einstein

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? -Benjamin Franklin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran- 
Horatius


Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Sampan tidak akan dapat  belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu -Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse


Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -
Whittier

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya. 
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -
Said Mustafa

 Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. -
 Charles Cahier

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -
Khong Hu Cu

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -
Nabi SAW

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -
Napoleon Bonaparte

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -
Goethe


Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -
Abdullah Mansur M.H

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -
Voltaire

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan


Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -
Hamka

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -
   Aristotle


                                                                                                      

Jiwang VS Romantik

sebelum aku mengenali engkau aku menyangkah bahawa pelangi adalah benda yang terindah.

aku mampu berlari berjuta-juta batu asalkan penghujungnya adalah di hati kamu.

mungkin untuk tenggelam dilautan fasifik itu amat menakutkan bagi aku..tetapi itu tidak menghalang aku untuk lemas dilautan cintamu..

kata orang lautan mempunyai bejuta-juta ikan yang berenang di dalamnya tetapi bagi aku hanya engkau seorang yang menghuni lautan kasihku...

semalam aku mengirim bidadari untuk menjagamu tidur tapi malangnya bidadari itu kembali dengan alasan mustahil ada bidadari yang menjaga bidadari..

pemeriksaan aku di hospital doktor mata mendapati keluasan mata aku semakin meluas..doktor bertanya kepada aku bagaimana hal ini boleh berlaku..aku pun memberitahu doktor bahawa aku sengaja meluaskannya untukmu kerana dimata aku ada kamu..

awak terlalu menghairankan aq..kerana kamu hanya satu tetapi tak tahu mengapa bayanganmu ada di mana-mana...

kamu terlalu hampir untuk dikejar namun amat jauh untuk di gapai..

jika aku mampu membuat keajaiban cukuplah aku diberi kesempatan untuk menulis namamu di bintang agar semua manusia melihat betapa tinggi cintaku kepadamu..

semenjak mengenali engkau aku dapat rasakan berat badan ini semakin meningkat ini semua kerana kamu telah menghuni hati aku...

Wednesday 12 June 2013

Sarcasms Words


Kadang sedikit bagi kita untuk memberikan teguran yang baik untuk orang yang amat sulit untuk dimengertikan..oleh yang demikian sedikit sindiran amat perlu diberikan bagi menyedarkan mereka..sebenarnya sindiran mempunyai kuasa yang lebih hebat untuk menyedarkan jika dibandingkan dengan kutukan dan makian,,,hehe di bawa ni ada sedikit contoh ayat sindiran yang boleh membunuh jiwa makhluk yang bergelar manusia...
1. “Cermin tak boleh bercakap, nasib kau baik mereka tak boleh ketawa juga.”
2. “Aku tengah sibuk sekarang, boleh tak aku ignore kau lain kali?”
3. “Maaf, masa ko bercakap aku tengah fikir di mana kau dapat idea yang aku akan kisah.”
4. “Suara kau merdu kalau kau menyanyi tutup mulut.”
5. “Kau tak beruntung, dan aku tak terdesak.”
6. “Sebelum aku jumpa kau, aku ingat aku adalah orang yang terbodoh di dunia ni.”
7. “Hey! aku ada kasut macam ko dulu, tapi aku tak pakai lagi sebab bapak aku dah ada kerja.”
8. “Tutup mulut kau bila ko bercakap dengan aku.”
9. “Kau selalu tolong aku, bila kau tutup mulut kau tu.”
10. “Aku tak dengar, tapi teruskan becakap, aku suka bila ayat-ayat kau tu buat telinga aku berdarah.”
11. “Muka kau buat aku nak blajar Boxing.”
12. “Ada tempat istimewa di neraka untuk kau.”
13. “Wau! lawa baju kau, kau nak pergi parti Halloween ke?.”
14. “Kalau aku pinjamkan aku Rm20 dan lepastu kau hilang, mungkin berbaloi jugak.”
15. “Aku ada duit yang cukup untuk membuatkan hidup aku senang, itupun kalau aku mati selasa depan.”


Sunday 10 March 2013

Krisis Hati


kadang-kadang hati kita gundah.fikiran bercelaru sehingga minda terasa seperti tidak berfungsi.mungkin ada sesuatu yang di rasakan telah hilang oleh daging kecil di sudut dadah sebelah kiri ini sehingga membuatkan kita gagal mententeramkannya.kebiasaannya jiwa kita terasa tenang,gembira dan bahagia ketika mana ada jiwa lain yang hadir menemaninya yang diberikan oleh seseorang yang kita perlu bukannya yang kita mahukan.sehinggakankita terleka pada suatu kejadian yang akan membuatkan kita rasa mati walau jantung masih berdegup,rasa lemah walau badan masih utuh,rasa kosong walau teman masih setia,rasa bosan walau hiburan masih berlagu.kejadian yang dimaksudkan adalah ketika jiwa itu pergi meninggalkan kita disaat hati merintih memerlukannya,ketika kaki masih mampu menunggu tapi dia semakin jauh meninggalkan kita,ketika bibir masih ingin menutur beribu cerita bersamanya tapi telinga sudah lelah mendengarnya.
Bukan semua yang kita dapat itu adalah yang  kita inginkan dan bukan pula semua yang kita inginkan itu akan kita dapatkan.manifesto hati manusia itu tidak boleh lepas daripada kebergantungan pada hati manusia yang lain.kerana kekurangan seseorang itu di sempurnakan oleh kelebihan orang lain,dan kelebihan kita pulah menhyempurnakan kekurangan orang lain. bukan mahu membicarakan manusia itu tidak sempurna sekadar ingin mengongsikan bahawa manusia itu sentiasa memerlukan.namun keangkuhan manusia menyebabkan mereka lupa padaarca ini.gemar berbanggah dengan satu kelebihan tapi memaparkan beribu kekurangan.bukan mengumpat tetapi berterus terang.wajahnya cantik tapi lidahnya sombong,matanya ayu tapi telinganya sumbang,hidungnya mancung tapi fikirannya kotor,bauhnya harum tapi hhatinya busuk.
Kalau hati bias ditukar menjadi mulut sudah pasti ramai manusia tenang hidupnya.kerana hati tidak perna dusta dalam penafsirannya tapi mulut sentiasa bohong dalam penyampaiannya.lain di bibir sama dihati tapi tetap dihati lain dibibir untuk si hati

Thursday 7 March 2013

Mata Tersilap Hati Mengeluh



Berbicara soal  mata dan hati,kedua-dua benda ini merupakan aset yang dikurniakan oleh allah kepada empunyanya yang mempunyai interaksi yang terlalu erat kerana keduanya mempengaruhi antara satu dengan yang lain
Walaupun demikian,berapa ramaikah dalam kalangan kita yang menggunakan aset ini dalam keadaan dia sedar interaksinya,dia tahu perkaitannya dan dia paham keperluannya dan bukannya sekadar memenuhi kemahuannya.Kenapa demikian?Jawapannya adalah kerana kemahuan itu sentiasa berubah sedangkan keperluan hanya ada satu iaitu kebahagiaan tetapi berapa ramaikah antara kita yang menyedarinya.
..Dari mata turun ke hati ..    
Inilah sebahagian pepatah yang sering kita kaitkan antara mata dengan hati.Namun sungguhpun begitu hampir semua hati yang ada di dada sebelah kiri manusia hari ini yang mengeluh kerana sikap matanya.keazalian  mata itu adalah mudah tertarik dengan sesuatu yang indah dan meremehkan semua yang buruk.Kenapa mesti keegohan mata ini menutup ruang bagi hati kecil  meletakkan satu titik tengah bagi membandingkan,membezakan dan menilai sesuatu yang indah dan yang buruk di mata itu.Jangan sampai keegohan yang kita baja didalam diri ini dengan hanya  sedikit kelebihan itu membuatkan kita lupa pada keburukan yang indah itu dan keindahan pada yang buruk itu.Yang indah dimata itu mungkin mempunya sejuta keburukan dihatinya namun yang buruk dimata itu sudah pasti ada satu keindahan pada pekertinya.
Yang indah itu bukan rupa yang harum itu bukan bunga dan yang manis itu tidak semestinya gula.Mata sentiasa menangis kerana hati sedangkan matalah yang menyebabkan hati menghantar risalah sedih pada perasaan sehingga mengalirkan air yang jerni di mata.kalaulah manusia sedar bahawa manifesto antara mata dan hati adalah satu kuasa yang paling dahsyat dimuka bumi berputar ini sudah pasti banyak mata yang mengikut kata hati bukannya hatinya menuruti kmahuan matanya.Orang buta sahaja boleh menjadi celik kerana hatinya yang celik,kenapa kita yang celik ini pula mencari jalan bagi membutakan hati yang tidak bermata.


Kalaulah waktu boleh diundurkan,sudah pasti permintaan manusia yang terbanyak adalah untuk kembali kepada sesuatu yang perna ditinggalkan.Maknanya apa,hampir semua hati  manusia hari ini perna menjadi buta kerana matanya yang terlalu celik.Hati  seharusnya jauh lebih celik daripada matanya kerana mata hanya mampu melihat yang zahir tetapi hati menilai  zahir serta memahami rohani seseorang yang terindah.